web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan - MB Pahang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 4:50PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Barisan Nasional (BN) Pahang mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan itu dilihat berupaya membawa kestabilan selain mencerminkan kemajmukan yang menjadi kekuatan negeri berkenaan.

Menyifatkan gabungan itu sebagai 'kerajaan perpaduan BN dan PH', Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail percaya pembentukan kerajaan negeri perlu selari dengan pembentukan kerajaan Persekutuan bagi memastikan pentadbiran dan perancangan dibuat untuk pembangunan negeri dapat diteruskan dengan lancar. 

"Melalui kerjasama baharu ini, satu barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) baharu yang melibatkan kedua-dua blok BN dan PH akan dibentuk dalam masa terdekat," katanya pada sidang media pertama sebagai Menteri Besar Pahang buat penggal kedua di Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini. 

Pelantikan Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang, hari ini, menamatkan kemelut politik di Pahang, selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan buat kali pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung kerana tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. 

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi DUN, kurang satu berbanding Perikatan Nasional (PN) manakala PH mendapat lapan kerusi. Namun, proses pengundian DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini, ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Wan Rosdy berkata perbincangan dengan PH berlangsung dalam suasana baik dengan pihak berkenaan tidak memberikan tekanan atau paksaan, walaupun ada membuat beberapa permintaan semasa 'menghulurkan tangan untuk membentuk kerajaan negeri'.

Ditanya mengenai tarikh persidangan pertama DUN Pahang di bawah gabungan BN dan PH, Wan Rosdy berkata ia masih belum dimuktamadkan, namun berharap PN akan menjadi pembangkang yang sentiasa tegas, objektif dan mampu menjalankan fungsi semak dan imbang selayaknya. 

Selain itu, Wan Rosdy menegaskan bahawa Pahang adalah kerajaan negeri yang mewakili dan berkhidmat untuk semua, dengan fokus utama adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih baik dan positif. 

Kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Belanjawan Pahang 2023 yang telah diluluskan pada 13 Oktober lepas, iaitu sehari sebelum pembubaran DUN Pahang untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak PRU-15.

"Saya akan memastikan segala sentimen politik dan perbezaan ideologi diketepikan, dan satu-satunya perkara yang menjadi keutamaan semua pihak pada ketika ini adalah kestabilan dan kemakmuran negeri," katanya.

Pada sidang media itu, Wan Rosdy juga menjunjung kasih kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pekenan melantik beliau untuk menerajui pentadbiran negeri. 

Beliau juga berterima kasih kepada rakyat Pahang yang sabar mengikuti pembentukan kerajaan negeri dan menerima keputusan akhir secara berlapang dada serta matang, tanpa membiarkan emosi dan ketaasuban mencetuskan suasana tidak baik. 

Kerajaan negeri, juga menurut Wan Rosdy sedar bahawa pelantikan itu adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilunaskan dengan idea, kudrat dan ikhtiar terbaik demi kesejahteraan rakyat, selain memastikan Pahang menjadi negeri yang stabil, makmur dan harmoni. 

Mengambil kira situasi semasa, Wan Rosdy juga menyifatkan ia perkembangan yang baik kepada BN pada pertembungan di DUN Tioman, jika ada kesepakatan untuk PH memberi laluan kepada mereka, namun perkara itu masih belum dibincangkan secara rasmi. 

DUN Tioman melibatkan pertembungan lima penjuru antara calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH), Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas). - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam