web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan Anggota Kabinet Perlu Ikut Hierarki Parti – BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 3:10PM

Ahmad Maslan berkata struktur dan hierarki parti yang menyokong gabungan Kerajaan Perpaduan perlu dijadikan rujukan dalam pemilihan anggota Kabinet - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Struktur dan hierarki parti yang menyokong gabungan Kerajaan Perpaduan perlu dijadikan rujukan dalam pemilihan anggota Kabinet, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, ketika pembentukan Kabinet Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, beliau difahamkan bahawa Presiden UMNO dan Timbalannya tidak diajak berunding, menyebabkan pelantikan anggota Kabinet tidak mengikut hierarki parti.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN), iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan perlu dilibatkan dalam perundingan pemilihan tersebut, sebelum senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan.

“Saya harap kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan pucuk pimpinan parti, terutama Presiden supaya ia jadi suara parti itu, bukan orang lain yang jadi suara parti.

“Ini adalah kebaikan semua pihak,” katanya pada sidang media di Pontian, Johor seperti dilaporkan Sinar Harian.

Terdahulu Perdana Menteri memaklumkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka diberikan kepada blok paling kuat dalam Kerajaan Perpaduan selain PH, iaitu BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar menjelaskan, itu adalah amalan biasa dalam setiap kerajaan.

Ditanya sama ada UMNO dan BN sudah mencadangkan nama tertentu untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad memberitahu, perkara tersebut akan ditentukan pucuk pimpinan parti.

“Tentang Kabinet ini, siapa nama yang terpilih, pecahan bilangan setiap parti, mahupun sama ada rundingan sudah selesai, saya tidak masuk campur.

“Kita serah pada pucuk pimpinan parti untuk buat pilihan daripada parti masing-masing,” katanya.

Ahmad memberitahu, senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan, dijangka diumumkan pada minggu depan.

“Dijangkakan minggu depan, bermula esok hingga Jumaat. Tarikh sebenar saya tidak tahu.

“Mengenai nama saya turut disebut-sebut menganggotai Kabinet, itu saya serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO dan BN,” ujarnya.

BN bersama GPS dan PH membentuk Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ia dibuat selepas tiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah.

Pada PRU-15, PH mendapat kerusi paling banyak, iaitu 82, diikuti Perikatan Nasional (73), BN (30) dan GPS (23).

Kerajaan Perpaduan itu kemudian disertai WARISAN dan GRS.

Bagaimanapun, PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk tidak menyertai kerajaan berkenaan dan memilih menjadi pembangkang. - Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 51 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar