web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Tolak Sertai Kerajaan Perpaduan, Mahu Jadi Pembangkang Berwibawa – Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 6:12PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu menolak tawaran terbabit atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan di Parlimen.

Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada Anwar atas tawaran tersebut.

“Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia untuk merintis bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam pada sidang media pertamanya sebaik mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, Anwar mengajak PN mendukung Kerajaan Perpaduan diterajui beliau.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Beliau berkata, saranan itu dibuat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia.

Anwar mengakui, walaupun reaksi awal PN agak kurang memberangsangkan, beliau berharap pertimbangan sewajarnya dapat dibuat mereka bagi membolehkan hasrat penubuhan kerajaan perpaduan nasional ini dapat dijayakan.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu. – Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar