web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Tamat Darurat Mohon Mengadap Yang di-Pertuan Agong

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 7:03PM

Khalid Samad bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bersama-sama pemimpin parti pembangkang di Istana Negara. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan darurat yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat membawa kesan buruk dari pelbagai aspek, terutamanya kepada ekonomi dan kestabilan politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tamat Darurat, Khalid Samad berkata, implikasi pengisytiharan darurat bukan saja memperlihatkan pelabur asing telah menarik balik niat mereka untuk melabur di negara malah tahap pengangguran turut meningkat, selain menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian.

Justeru, beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk mempersembahkan satu memorandum tamat darurat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mendapat sokongan rakyat Malaysia.

“Ini merupakan kali kedua kami memohon pekenan untuk mengadap dan kami yakin baginda akan mempertimbangkan permohonan kami dengan sewajarnya.

“Kami menuntut supaya darurat ditamatkan dan Parlimen dibenar bersidang seperti biasa.

“Kerajaan PN-BN (Barisan Nasional) dilihat mempergunakan darurat sebagai langkah sumbang untuk menyembunyikan tingkah laku yang membelakangkan keharmonian serta tatasusila perlembagaan negara kita,” katanya.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, peningkatan kadar kes baharu COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda akan reda, serta kemungkinan berlakunya gelombang keempat turut membimbangkan.

“Mengikut kadar dos (vaksin) pada waktu sekarang, mustahil Malaysia akan menjadi negara bebas pandemik pada waktu terdekat dan membahayakan lagi rakyat kita, malah turut membebankan petugas barisan hadapan dengan karenah PN-BN yang sentiasa berubah tanpa mengikut data dan sains serta aspirasi rakyat.

“Dengan barisan Kabinet terbesar yang ada sekarang, ini merupakan indikasi jelas terhadap pembaziran wang negara, susulan pembelian kesetiaan politik oleh kerajaan PN-BN yang tidak berhala-tuju,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya merafak sembah dan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak segera menamatkan kesengsaraan rakyat dengan menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

“Demi Malaysia yang lebih baik, kami percaya usaha ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya menamatkan darurat pada kadar segera,” katanya.

Usaha untuk membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong ini telah disokong oleh semua parti pembangkang termasuk PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH), DAP, Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan