web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Cabar Anwar Kemuka Bukti Ada Sokongan Majoriti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 5:11PM

Muhyiddin berkata beliau mempunyai sokongan 115 Ahli Parlimen. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi mengabsahkan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, Anwar sewajarnya membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat akuan berkanun majoriti Ahli Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Muhyiddin turut mendedahkan bahawa beliau mendapat sokongan daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berbentuk SD, sekali gus memiliki 115 sokongan.

“Pada jam 10.30 pagi 22 November, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi Surat Akuan Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

“Jumlah itu melebihi majoriti mudah 112 Ahli Parlimen untuk membolehkan saya dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, terdapat 73 Ahli Parlimen PN, termasuk 22 yang bertanding menggunakan tiket PAS di Kelantan dan Terengganu, memberikan sokongan kepada beliau.

“Selain itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan 22 Ahli Parlimen; Gabungan Rakyat Sabah (6); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1); BN (10) dan Bebas (2),” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, pihaknya akan memberikan Anwar peluang untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Kita nak tengok dulu, bagi dia peluang, kalau dia boleh buktikan kerana disebut di sini dengan adanya Akuan Bersumpah.

“Kami PN mengikut arahan Yang di-Pertua (Dewan Rakyat) kalau ada Ahli Parlimen yang hendak beri sokongan mestilah disokong dengan SD, bukan surat dari langit ke, mana-mana ke atau pun parti tertentu, itu semua tak boleh pakai mengikut pandangan sayalah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, berdasarkan surat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 20 November, presiden parti diundang untuk mengemukakan cadangan pembentukan kerajaan gabungan dan menamakan seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

“Cadangan ini mesti dikemukakan menerusi surat kepada Istana Negara dengan menamakan Ahli Parlimen yang menyokong pembentukan kerajaan gabungan dan menamakan calon Perdana Menteri yang disokong Ahli Parlimen tersebut.

“Pada hari sama, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menulis satu lagi surat kepada Presiden parti meminta supaya cadangan pembentukan kerajaan gabungan tersebut, mestilah disertai dengan Surat Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada seorang Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat, Anwar wajar mengemukakan Akuan Bersumpah sokongan Ahli Parlimen terhadapnya untuk mengelakkan keraguan atau menimbulkan keresahan serta ketidakpuasan hati.

“Seluruh Malaysia nak juga tahu betul ke tidak, apa buktinya kerana apa yang penting supaya nak mengelakkan keraguan atau menimbulkan keresahan, ketidakpuasan hati.

“Rakyat di luar sana yang dah lama menunggu tergantung (Parlimen) untuk beberapa hari boleh tahu sama ada kerajaan itu berpandu kepada Perlembagaan atau sebaliknya,” katanya. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan