Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


(LANGSUNG) Anwar Isytihar Isnin Cuti Umum

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 4:51PM

Anwar dikerumuni penyokong ketika tiba di Sungai Long Golf and Country Club untuk sidang media. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istana Negara menjadi tumpuan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung hari ini.

Perjumpaan bertujuan untuk Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Difahamkan, perbincangan khas berkenaan akan berlangsung selama kira-kira tiga jam.

9.45 malam - Anwar mengakhiri sidang medianya dengan melaungkan ‘reformasi, lawan sampai menang, kita sudah menang’ dengan diiringi tepukan gemuruh daripada orang ramai.

9.44 malam - Mengulas mengenai isu calon Timbalan Perdana Menteri, Anwar berkata beliau perlu mengambil kira Ahli Parlimen di dalam kerajaan perpaduannya.

9.43 malam - Ketika ditekan sama ada mereka yang mempunyai kes mahkamah akan dilantik sebagai anggota Kabinet, Anwar berkata perkara itu belum dibincangkan. 

9.42 malam - Ahli Parlimen Tambun itu juga memberi jaminan akan mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara jiran, termasuk China di mana akan kekal sebagai rakan perdagangan penting kepada Malaysia.

9.40 malam - Presiden PKR itu sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan menerima sebarang gaji untuk jawatannya.

9.38 malam - Anwar berkata pentadbirannya akan membentangkan bajet baharu atau semakan tidak lama lagi.

9.37 malam - “Tiada yang akan terpinggir di bawah pentadbiran saya,” kata Anwar.

9.36 malam - Anwar sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kerajaannya mengalu-alukan semua parti lain untuk menjadi sebahagian daripada pentadbirannya, dengan syarat komitmen mereka sejajar dengan tadbir urus yang baik dan berdiri teguh menentang rasuah.

9.34 malam - Anwar mengucapkan terima kasih kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan beliau sebagai Perdana Menteri, selain mengucapkan terima kasih kepada AMANAH, DAP dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail atas sokongan tidak berbelah bahagi.

9.32 malam - Beliau turut mengumumkan berita dinantikan ramai bahawa kerajaan mengisytiharkan Isnin sebagai cuti umum.

9.30 malam - Anwar menegaskan komitmen pertamanya selepas nembentuk kerajaan adalah untuk memulihkan ekonomi dan menaikkan ringgit.

9.27 malam - Anwar juga mengesahkan kerajaan pimpinannya akan terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan GPS.

9.26 malam - Anwar menegaskan komitmen kerajaannya untuk memerangi rasuah dan memperkasakan masyarakat.

9.25 malam - Anwar menerusi sidang akbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan dipimpinnya, akan mempertahan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga taraf istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu, bahasa Kebangsaan dan Islam.

6.37 petang - Perdana Menteri yang baharu dilantik, Anwar Ibrahim tersenyum ketika keluar dari Istana Negara, selepas sejam mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri. Turut berada di sebelah beliau di dalam kenderaan yang dinaikinya ialah Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

6 petang - Penyokong Anwar di Gerbang 2 istana mula menuju ke Sg Long, di mana sidang media Anwar akan diadakan.

5.16 petang – Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menerima permohonan maaf DAP. GPS serah soal lantikan Kabinet persekutuan pada Anwar Ibrahim.

5.10 petang - Anwar kini secara rasmi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-10, selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri di Istana Negara. Presiden PKR yang berusia 75 tahun itu memakai baju Melayu berwarna hitam dan bersongkok, mengangkat sumpah pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar dan Dr Wan Azizah pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di Istana Negara hari ini.
Anwar dan Dr Wan Azizah pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di Istana Negara hari ini.
Dr Wan Azizah diiringi masuk ke Istana Negara.
Dr Wan Azizah diiringi masuk ke Istana Negara.

5.07 petang - Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke -10.

5.03 petang – Agong dan Permaisuri berangkat ke Dewan Singgahsana Kecil.

4.51 petang - Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri yang dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan majoriti.

4.32 petang - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri.

Penyokong Anwar berkumpul di pintua 2, Istana Negara. - Gambar oleh Syeda Imran
Penyokong Anwar berkumpul di pintua 2, Istana Negara. - Gambar oleh Syeda Imran

4.12 petang - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memasuki Istana Negara

4.03 petang - Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke istana bersama isteri untuk lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10. Turut kedengaran laungan reformasi dari penyokong semasa beliau keluar dari pagar kediamannya di Sungai Long.

Anwar sempat melambai kepada penyokongnya sebelum bergerak ke Istana Negara.
Anwar sempat melambai kepada penyokongnya sebelum bergerak ke Istana Negara.

2.50 petang - R. Sivarasa tiba di rumah kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Datuk Johari Abdul turut tiba sebentar tadi dengan menyatakan kesyukuran atas kemenangan.

“Allhamdulilah doa kita dimakbulkan tuhan. Demi Rakyat. 24 tahun perjuangan ini semua untuk rakyat” katanya

2.42 petang - Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dihujani hadiah tanda perhargaan dari penyokongnya termasuk, jambangan bunga dari David Ramloo.

Jambangan bunga sebagai ucapan tahniah atas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Jambangan bunga sebagai ucapan tahniah atas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kegembiraan jelas terpancar diwajah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya. - Gambar Abdul Razak Latif
Kegembiraan jelas terpancar diwajah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya. - Gambar Abdul Razak Latif

2.34 petang - Datuk Seri Shamsul Iskandar tiba di rumah kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1.07 petang -  Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah meninggalkan istana.

1.04 petang - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilihat keluar meninggalkan Istana Negara.

1 petang - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dilihat keluar meninggalkan Istana Negara.

12.58 tengah hari - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilihat meninggalkan Istana Negara.

12.55 tengah hari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilihat meninggalkan Istana Negara.

12 tengah hari - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akur terhadap apa jua keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah termasuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Istana Negara masih menjadi tumpuan.
Istana Negara masih menjadi tumpuan.

11.59 pagi - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir keluar dari Istana Negara.

11.57 pagi - Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat keluar dari Istana Negara.

11.30 pagi - Bernama melaporkan bahawa PBRS akur apa sahaja keputusan BN demi kepentingan kerajaan yang stabil - Arthur

11.23 pagi - Wakil BN mengesahkan bahawa majlis tertinggi gabungan itu tidak akan bersidang pagi ini selepas dilaporkan satu pertemuan akan diadakan selepas mesyuraat Majlis Tertinggi Umno lewat malam tadi.

Bagaimanapun, sumber dalaman lain menyatakan bahawa Majlis Tertinggi BN tidak akan bersidang sekurang-kurangnya sehingga persidangan Majlis Raja-raja yang sedang berlangsung selesai.

11.13 pagi - Polis dan pengawal yang bertugas di pintu utama Istana Negara mula meninggalkan pos kawalan masing-masing. Difahamkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak dapat menghadiri mesyuarat khas pada hari ini.

10.50 pagi - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memasuki Istana Negara, diikuti Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kenderaan membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba di Istana Negara.
Kenderaan membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba di Istana Negara.

10.45 pagi - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat memasuki Istana Negara.

Ketibaan Sultan Selangor ke Istana Negara.
Ketibaan Sultan Selangor ke Istana Negara.

10.30 pagi: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memasuki Istana Negara.

10.20 pagi - Kenderaan yang dipercayai membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat memasuki Istana Negara.

Ketibaan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketibaan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

9.40 pagi – Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang pertama tiba di Istana Negara, pagi ini.

Ketibaan kenderaan membawa Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memasuki perkarangan Istana Negara.
Ketibaan kenderaan membawa Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memasuki perkarangan Istana Negara.

9 pagi – Pengamal media berkumpul di Pintu 1 Istana Negara sejak awal pagi ini.

Petugas media berkumpul sejak awal pagi di perkarangan Istana Negara.
Petugas media berkumpul sejak awal pagi di perkarangan Istana Negara.
Anggota polis mengadakan kawalan di luar pintu Istana Negara.
Anggota polis mengadakan kawalan di luar pintu Istana Negara.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di Istana Negara. 

Sesi-sesi menghadap itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua- ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) secara berasingan bermula pada jam 4.30 petang semalam.

Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik kepada Istana Negara sebelum ini. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Semasa 2 jam yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka