web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sin Woon Jangan Bermain Api, Anda Patut Letak Jawatan’ - UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 8:26PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mengingatkan MCA supaya tidak ‘bermain dengan api’ susulan Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Sin Woon seharusnya melepaskan jawatan terlebih dahulu kerana kegagalan MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang hanya memenangi dua daripada 44 kerusi Parlimen ditandinginya.

“Saya minta dia letak jawatan dulu sebab dia (MCA) bertanding di 44 kerusi, hanya menang dua kerusi kawasan orang Melayu, maknanya kegagalan dia mendapat sokongan Cina sepatutnya dia ambil tanggungjawab,” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi.

UMNO mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bermula jam 8 malam tadi, namun setakat ini agenda mesyuarat masih belum diketahui.

Asyraf berkata, Sin Woon juga harus menjawab adakah beliau seorang daripada 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kena tanya dia, apakah dia seorang daripada 10 orang (Ahli Parlimen) yang menandatangani SD, yang itu kalau ikutkan dia kena tindakan disiplin dulu.

“Jadi jangan bermain dengan api, kita sekarang kena pastikan 30 orang ini kekal bersama, kita kena pergi sebagai ‘en bloc’,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta Sin Woon ‘cermin diri sendiri’ dengan melihat prestasi MCA.

Menurutnya, MCA perlu menghormati UMNO sebelum menggesa Ahmad Zahid mengundurkan diri.

“Masa pilihan raya UMNO lah yang banyak buat kerja untuk MCA, di Pulau Pinang kami kerja bertungkus-lumus bantu. Jangan hina UMNO, tak suka pun, jangan suruh (letak jawatan).

“Dia sendiri pun tak betul, dia sendiri pun banyak kerusi (Parlimen) yang bertanding tapi menang baru dua kerusi, (itupun) kerana kawasan Melayu, kalau kawasan Cina dia berani pi (pergi) bertandinglah.

“Dia patut letak jawatan juga, malu, jangan tuduh orang, cermin muka dulu,” katanya.

Malah, beberapa pemimpin UMNO lain yang berada di bangunan itu turut memberi reaksi sama bahawa tidak wajar Sin Woon mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Sin Woon menggesa Ahmad Zahid supaya berundur daripada kepimpinan parti atas tindakan membelakangi keputusan Dewan Tertinggi BN.

Ia susulan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa membuat pendirian bertentangan secara ‘diam-diam’ untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sebalik kenyataan beberapa pemimpin BN yang menegaskan parti itu mengambil pendirian ‘berkecuali’ setakat ini dalam isu pembentukan kerajaan Persekutuan.

Perkara itu terbongkar selepas tular surat menggunakan kepala surat BN ditandatangani beliau, mendakwa kononnya 30 Ahli Parlimen BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MARA: Mas Ermieyati Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad