web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Mainkan Isu Perkauman, Agama - Johari Ghani

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 1:07PM

Johari Abdul Ghani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua parti politik perlu berhenti menggunakan aspek perkauman dan keagamaan demi kepentingan masing-masing, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Johari Abdul Ghani sambil menambah, kedua-dua isu berkenaan tidak seharusnya dijadikan faktor untuk membentuk kerajaan.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, beliau berkata adalah amat mengecewakan apabila ada segelintir pihak memainkan retorik itu untuk manfaat sendiri, walaupun bertentangan dengan prinsip penubuhan Malaysia yang berbilang kaum.

“Pemikiran sempit dan dangkal tidak harus wujud dalam negara berbilang kaum ini,” katanya dipetik sebagai berkata, semalam.

Johari yang memenangi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini berkata, perilaku itu tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menjunjung tinggi keharmonian kaum dan agama, malah teguh memegang prinsip sejak ditubuhkan.

Menjadi sebuah gabungan yang inklusif dan telah memerintah negara sejak berdekad lalu membolehkan ekonomi Malaysia tumbuh dengan sihat, dan menjamin kestabilan politik.

“Malaysia telah berubah dari sebuah negara pertanian kepada antara kuasa ekonomi terbesar ASEAN.

“Ini kerana BN amat percaya bahawa kepelbagaian kaum dan keterangkuman adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan negara.

“Negara ini berhasil mencapai kestabilan politik kerana sikap hormat terhadap semua kaum dan boleh bekerjasama tanpa mengira perbezaan agama, budaya, bangsa dan sosio-ekonomi,” katanya.

Johari juga berkata, Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya membuat perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), sekali gus membolehkan negara ditadbir tanpa sebarang masalah dari blok pembangkang.

“Ketika itu, tiada isu DAP ialah sebahagian daripada Pakatan Harapan,” katanya sambil menambah, BN sentiasa percaya dengan konsep perkongsian kuasa dalam kalangan pelbagai bangsa.

Tambahnya, ketika PRU 2008, apabila tiada parti berjaya meraih kemenangan majoriti di Selangor dan Perak, PAS memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, yang turut disertai PKR dan DAP.

Johari berkata, kemenangannya di Titiwangsa dengan majoriti undi 4,632 adalah kerana sokongan pengundi pelbagai kaum. - The Vibes, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Bangkit Isu Undang Keruntuhan Perpaduan - Tokoh Maal Hijrah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Cagarkan KWSP Untuk Pinjaman Punca Rakyat Dibebani Bayaran Faedah - Johari

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Jika Ahli Parlimen Guna Perkataan Berbaur Perkauman, Menghina - Speaker

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar