web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Cikgu Shukri Baru Beritahu Saya Beliau Jadi MB Hari Ini’ - Isteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 10:24PM

Mohd Shukri berbual bersama Isteri Najwa ketika ditemui di kediamannya sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Isteri kepada Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, Najwa Othman hanya mengetahui suaminya dilantik sebagai ketua kerajaan negeri itu pagi tadi selepas diminta menyediakan baju Melayu berwarna hitam, songkok dan samping.

Najwa, 53, yang merupakan suri rumah mengakui terkejut dengan berita itu kerana suaminya tidak pernah memberitahu keluarga bahawa beliau dipilih sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

“Sebelum ini, ada beberapa jiran dan rakan memberitahu saya bahawa beliau (Mohd Shukri) akan dilantik sebagai Menteri Besar, tetapi saya ingin mendengar berita itu daripada mulut beliau sendiri,” katanya kepada Bernama di kediamannya di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu yang mesra dipanggil ‘Cikgu Shukri’, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, hari ini.

Najwa berkata beliau dan keluarga akan sentiasa memberi sokongan kepada Mohd Shukri agar dapat melaksanakan tugas kepada rakyat Perlis dengan baik.

“Insya-Allah saya dan anak akan sediakan makanan kegemaran beliau nanti bagi meraikan berita gembira ini. Suami saya tidak cerewet dari segi memilih makanan, cuma beliau gemar sup dan sajian berkuah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan