web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Mahu Kerajaan Perpaduan, Kami Tolak - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 7:02PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) telah menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan antara gabungan itu dan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, yang berkata baginda membuat cadangan itu semasa menghadap mereka, yang turut dihadiri Ketua PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tuanku mencadangkan agar kami bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah berbincang sejak awal, kami tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Itulah pendirian kami sejak awal. Di bawah sebarang alasan, kami tidak akan bersetuju.

''Saya diminta menandatangani dokumen sebagai perjanjian, tetapi kami telah bersetuju sebulat suara di bawah sebab yang diketahui mengapa kami tidak boleh bersama PH," ,” katanya pada sidang media, malam ini.

Saranan Yang di-Pertuan Agong itu berikutan tiada Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti mudah setakat ini. 

Bagaimanapun, Muhyiddin mendakwa PN memperoleh lebih daripada jumlah dokumen diperlukan yang diminta oleh Istana Negara.

"Kami telah mengemukakan dokumen yang diperlukan oleh Istana Negara untuk membuktikan bahawa PN mendapat sokongan 115 parti dan Ahli Parlimen, dengan sokongan SD kami.

“Ini adalah surat daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim yang mengesahkan lima dokumen itu sebagai bukti bahawa kami mempunyai lebih daripada cukup sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

“Tetapi dikatakan bahawa dokumen ini tidak mencukupi. Saya tidak tahu alasan di sebaliknya,” katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Awal hari ini, Muhyiddin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.30 petang tadi, usulan tiada Ahli Parlimen memperoleh kerusi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat ini. - The Vibes, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad