web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCA Terima Hakikat BN Ditolak Rakyat, Sedia Jadi Pembangkang - Ka Siong

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 4:49PM

Ka Siong berkata asas penubuhan MCA adalah membela nasib rakyat tidak kira sebagai kerajaan mahupun pembangkang. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti MCA menghormati dan menerima hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengikut sistem demokrasi Parlimen berperlembagaan negara.

Presidennya, Datuk Ser Dr Wee Ka Siong berkata, dalam situasi tidak mendapat mandat rakyat serta gagal membentuk kerajaan, MCA bersedia memainkan peranan sebagai parti pembangkang, demi semak dan imbang kerajaan yang akan ditubuhkan.

Katanya, asas penubuhan MCA adalah membela nasib rakyat tidak kira sebagai kerajaan mahupun pembangkang dan ini tidak akan sedikit pun membantutkan peranan MCA.

“Kami berterima kasih kepada penyokong yang masih menyokong MCA dan kekalahan ini akan dijadikan pedoman untuk parti memainkan peranan lebih berkesan, sebagai pembangkang serta menjadi lidah rakyat akar umbi demi kesejahteraan negara,” katanya.

PRU-15 menyaksikan pencapaian terburuk BN dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya memenangi 30 kerusi, selain gagal mempertahankan sejumlah besar kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU-14.

BN tewas semua kerusi Parlimen ditandingi mereka di Perlis, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Melaka, termasuk kubu kuat parti itu.

Pada PRU-15, Ka Siong berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk penggal kelima, apabila berjaya meraih sebanyak 18,911 undi.

Beliau memperoleh majoriti 2,963 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Syeikh Omar Bagharib Ali yang memperoleh 15,948 undi.

Terdahulu, Ka Siong menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pagi ini.

Mesyuarat itu penting bagi membincangkan pendirian parti berkenaan, sama ada membuat keputusan bergabung dengan PH atau Perikatan Nasional (PN) untuk melengkapkan jumlah kerusi majoriti mudah, seterusnya membentuk kerajaan.

Dengan situasi Parlimen tergantung kerana tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan, PH dan PN perlu mencari pakatan untuk menubuh kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Dewan Tertinggi BN sudah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Tegas beliau, BN tidak menyokong PH mahupun PN.

Katanya, setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam