web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Anwar Tiba Di Istana Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 4:51PM

Anwar (kanan) melambaikan tangan kepada media ketika memasuki Istana Negara, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Muhyiddin tiba ke Pintu 2 bersama pengiringnya dengan menaiki Toyata Vellfire hitam kira-kira jam 4.06 petang.

Kira-kira lima minit kemudian, kenderaan dinaiki Anwar pula tiba di pintu sama dengan diiringi Setiausaha Agong PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Mereka ke Istana Negara selepas dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 4.30 petang ini, susulan tiada Ahli Parlimen memperoleh kerusi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat ini.

Perkara itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin yang sebelum ini memberitahu Istana Negara menerima pemakluman berkenaan gabungan parti politik pasca PRU-15 bagi pembentukan kerajaan baharu.

“Memandangkan tiada Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitahkan perkenan untuk ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar serta bertenang, sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai,” katanya.

Fadil berkata, ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik berkenaan turut mengemukakan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 kepada Istana Negara, seperti diminta dengan kerjasama Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, kelmarin.

“Lanjutan daripada penerimaan pencalonan nama Perdana Menteri tersebut, proses pengesahan calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda.

“Proses ini adalah bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 22 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad