web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Akan Hantar SD Kepada Speaker - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 11:48AM

Sidang media BN hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara sepakat akan menghantar akuan bersumpah (SD) bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada jam 2 petang ini.

Sehubungan itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya berharap Azhar dapat melanjutkan tempoh masa penghantaran nama kepada waktu yang lebih fleksibel iaitu selepas rundingan dilakukan.

“Kita telah ambil ketetapan bahawa Ahli Parlimen BN akan mengikut ketetapan dewan tertinggi iaitu hanya akan membuat keputusan untuk sertai mana-mana gabungan parti politik bagi bentuk kerajaan baharu di negara ini, berdasarkan Jawatankuasa Rundingan kita telah bentuk untuk adakan rundingan dengan pihak yang akan bentuk kerajaan.

“Di dalam hal ini mana-mana kenyataan dikeluarkan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan adalah tidak benar kerana tiada perbincangan terutama dengan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya kita sertai.

“Hanya keputusan dikeluarkan oleh Jawatankusa Rundingan (yang sah),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Ahmad Zahid berkata, 26 Ahli Parlimen BN telah menghadiri pertemuan berkenaan, manakala dua lagi iaitu Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan tidak hadir kerana demam.

Azhar semalam meminta setiap parti yang bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) supaya mengemukakan dokumen untuk membentuk kerajaan dan menamakan calon Perdana Menteri.

Katanya, ia melibatkan parti yang memenangi jumlah kerusi paling signifikan pada PRU-15.

Dalam pada itu, mantan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam hantaran Facebooknya hari ini menyatakan bahawa beliau tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya, beliau rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh berkenaan.

“No Anwar, No DAP (Tolak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tolak DAP) - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad