web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Rundingan Antara BN Dengan GPS, PN – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 9:35PM

Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen parti itu yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), supaya mematuhi akujanji calon ditandatangani mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen parti itu yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), supaya mematuhi akujanji calon ditandatangani mereka.

Beliau berkata, kandungan akujanji itu termasuk memberi mandat kepada beliau untuk menentukan sebarang keputusan dan gabungan politik dalam penubuhan kerajaan Persekutuan.

Tegasnya, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan berkenaan, akan berdepan pelepasan keahlian parti dan kerusi Parlimen dimenangi.

“Ahli Parlimen BN yang memenangi PRU-15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti, termasuk kerusi Parlimen.

“Perkara ini selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan.

Ia dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaludin Alias yang mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Jalaludin Alias ada mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri - Gambar Fail
Jalaludin Alias ada mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri - Gambar Fail

Jalaludin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, mantan Perdana Menteri itu layak dinamakan, berikutan PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH).

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan PN.

“Merujuk kepada kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, saya suka menegaskan, BN tidak pernah sama sekali berunding dengan GPS untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan PN.

“Saya juga ingin memaklumkan, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS memutuskan bekerjasama dengan PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan stabil serta kukuh pada kadar segera - Gambar Fail Bernama
Terdahulu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS memutuskan bekerjasama dengan PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan stabil serta kukuh pada kadar segera - Gambar Fail Bernama

Terdahulu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS memutuskan bekerjasama dengan PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan stabil serta kukuh pada kadar segera.

Menurutnya, pembentukan gabungan itu juga demi memastikan kesejahtaraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara.

“Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.

“Dunia dan negara kita bakal berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi sekarang dan keadaannya dijangka akan menjadi lebih genting pada tahun hadapan.

“Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad