Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


#PRU15: WARISAN Sokong Kerajaan Persekutuan Beri Kestabilan Negara

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 3:05PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Parti WARISAN (WARISAN) akan menyokong pembentukan kerajaan Persekutuan yang mampu memberi kestabilan kepada negara dan menjaga kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tanpa menamakan mana-mana pemimpin atau parti, beliau berkata WARISAN telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin politik, yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dan parti itu sedang menimbangnya dengan sebaik mungkin.

“Apa yang penting kepada kita kestabilan negara, kepentingan (negeri-negeri) Borneo untuk rakyat, walaupun jumlah (kerusi Parlimen WARISAN) kecil, namun ia mampu menambah kestabilan kepada politik di negara ini dan sesiapa yang mahu bentuk kerajaan Persekutuan perlukan sokongan ini.

“Sesiapa sahaja yang mahukan kerjasama kita, perlu menimbang apa yang menjadi ‘fundamental’ kepada perjuangan kita (termasuk) kepentingan rakyat, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga ‘survival’ WARISAN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Kolombong di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), WARISAN yang bertanding di 52 kerusi Parlimen seluruh negara memenangi tiga kerusi Parlimen dengan Mohd Shafie sendiri mempertahankan Parlimen Semporna,  Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohamad Yusof Apdal (Lahad Datu). 

Mengulas mengenai keputusan PRU-15, Mohd Shafie berkata ia merupakan sebuah keputusan daripada rakyat Malaysia sendiri seiring amalan demokrasi serta hak rakyat dan Warisan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Kita tidak boleh menindakkan keputusan ini, kerana rakyat menjalankan tanggungjawab mereka memilih siapa mereka kehendaki, ada tsunami pengundian berlaku sehingga WARISAN hilang kerusi (Parlimen) di kawasan boleh dipertahankan, tetapi kita terima baik dan hormati keputusan rakyat,” katanya.

Ditanya tentang perancangan WARISAN selepas ini, beliau berkata sudah sememangnya parti itu mahu mengukuhkan kedudukan di Sabah, namun dalam masa sama tidak akan sama sekali mengabaikan apa yang telah parti itu bina di Semenanjung.

“Kita sudah ada struktur dan beberapa kawasan terima ribuan undi, kita tidak boleh katakan tiada langsung penerimaan rakyat Semenanjung kepada Warisan, mungkin rasa terlalu awal untuk kita peroleh kemenangan, proses ini ambil masa untuk kenali Warisan, calon, manifesto dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata selain peringkat kerajaan Persekutuan, WARISAN yang  mempunyai 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan satu kerusi DUN di Selangor masih perlu memainkan peranan di peringkat negeri. - Bernama

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 4 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 9 minit yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis