web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mesyuarat UMNO Bincang Soal Kerajaan Campuran, Zahid Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 1:58PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mengadakan mesyuarat biro politiknya selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan gagal mempertahankan sejumlah besar kerusi yang pernah dimenangi gabungan tersebut. 

Beberapa pimpinan UMNO mula tiba di perkarangan ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat tersebut yang dijangka berlangsung selama tiga jam. 

Antara mereka yang hadir adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar. 

Pemimpin tertinggi parti itu yang ditemui media setakat ini masih mengunci mulut dan tidak mendedahkan agenda utama UMNO mengadakan mesyuarat tersebut.

Difahamkan agenda mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini adalah membincangkan langkah yang akan diambil parti itu sekiranya mengadakan gabungan bersama Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan. 

Malah mesyuarat itu juga dipercayai akan membincangkan keperluan untuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan berikutan strategi diaturnya didakwa menjadi punca BN tewas di banyak kerusi Parlimen. 

"Kita akan bincangkan keperluan untuk Ahmad Zahid meletak jawatan seperti mana dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak pada PRU-14 selepas UMNO tumbang sehingga Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

"Itu (kerajaan campuran bersama PN) saya tidak menolak untuk bersama mereka kerana ada di antara kita (UMNO) memang nak bergabung sebelum PRU-15," kata sumber UMNO kepada Getaran, hari ini. 

Turut dijadualkan berlangsung hari ini adalah mesyuarat Majlis Kerja Tinggi (MKT) UMNO pada jam 3 petang, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada jam 8 malam ini. 

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tiada parti politik memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam PRU-15. 

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua). - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi