web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU-15: Zahid Perlu Segera Berundur, ‘BN, UMNO Harus Berani Buat Perubahan’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 10:13AM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dengan segera susulan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, langkah itu sebagaimana dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang berjiwa besar berundur sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO atas kegagalan parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.

“UMNO dan BN hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor sementara itu, kita tidak memenangi satupun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, walaupun keputusan itu pahit untuk ditelan, pemimpin UMNO perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya kali ini.

“Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi,” katanya.

Malah Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata, BN dan UMNO perlu berani membuat perubahan ke arah kebaikan demi masa depan parti.

 Katanya, usaha untuk memulih dan memperbaiki parti perlu bermula sekarang, jika tidak disegerakan BN dan UMNO akan gagal memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang.

“Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Najib pada 2018.

“Insya-Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti UMNO yang kita semua cintai ini.

“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan Insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya.

Dalam keputusan PRU-15 yang diumumkan sehingga awal pagi tadi, BN dilaporkan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU-14.

Pada PRU-14, UMNO menang di 54 kerusi Parlimen.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU-14 yang lalu, tewas dan beralih ke Perikatan Nasional (PN). - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad