web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Muhyiddin Dakwa Terima Surat Dari Istana Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 3:55AM

Muhyiddin bergambar bersama pemimpin PN lain pada sidang media di Glenmarie Golf and Resort, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa sudah menerima surat daripada Istana Negara dan akan menyempurnakan kehendak Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu enggan mendedahkan butiran terperinci surat tersebut, sebaliknya akan mengambil tindakan pantas untuk mengadakan perbincangan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan parti di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Keputusan perbincangan diharap dapt dimuktamadkan petang esok,” katanya pada sidang media PN di Glenmarie Golf and Resort, di sini, awal hari ini.

Muhyiddin menegaskan, PN tidak akan membuat sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) namun mengalu-alukan kehadiran parti lain untuk bersama PN.

“Parti yang mahu bersama bagaimanapun haruslah menerima prinsip PN sekali gus membentuk sebuah kerajaan prihatin, bersih dan stabil,” katanya.

Ketika mengumumkan mengenai kesediaan membuka ruang untuk parti lain bersama PN bagi membentuk kerajaan, penyokong yang berada di lokasi melaungkan ‘tolak Zahid’ iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun Muhyiddin berkata, beliau tidak menyebut nama mana-mana parti.

“Kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti (di Semenanjung) dan mana-mana parti di Sabah dan Sarawak juga. Saya serah kepada kebijaksanaan pimpinan PN, yang penting kita harap dengan PN mengetuai kerajaan, kita dapat lahirkan suasana politik yang stabil,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin juga mendakwa PN berjaya memenangi 73 kerusi Parlimen termasuk 22 di Kelantan dan Terengganu yang menggunakan logo PAS, namun masih terdapat enam Parlimen belum diketahui.

“Sokongan rakyat terutama daripada pengundi muda membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka.

“Kami ucapkan tahniah kepada semua calon yang menang kerusi masing-masing dan saya juga nak ucap terima kasih di atas pengorbanan seluruh jentera parti di atas kerja keras.

“Andai kata PN membentuk kerajaan persekutuan bersama parti lain yang sehaluan dengan PN maka pihak kami akan melaksanakan semua tawaran PNBest,” katanya. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek