web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15 - PM Adakan Pertemuan Dengan Ahmad Zahid, Perbincangan Bertukar Tegang?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 2:56AM

Pertemuan Ismail Sabri Yaakob dan Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut disertai kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan bagi membincangkan keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan bangunan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kira-kira jam 1.05 pagi ini.

Ismail Sabri hadir ke situ dipercayai bagi mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan itu turut disertai kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan bagi membincangkan keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Difahamkan, perbincangan antara pemimpin BN itu menjadi tegang, berikutan strategi diatur Ahmad Zahid didakwa menjadi punca BN tewas di banyak kerusi Parlimen. 

Tindakan Ismail Sabri terus pulang selepas pertemuan itu menggunakan ‘pintu belakang’, mengecewakan pengamal media yang setia menanti di situ sejak awal keputusan PRU-19 mula dikira.

Hanya kenderaan beliau dilihat melintasi laluan utama dan bergerak pulang.

Meskipun keputusan PRU-15 belum diumumkan secara rasmi, BN dilihat kalah teruk di kebanyakan Parlimen ditandingi, malah majoriti calonnya, termasuk nama pilihan yang dijangka meraih kemenangan tewas.

Antara calon itu adalah Khairy Jamaluddin yang tewas di Sungai Buloh, Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik), Isham Jalil (Shah Alam) dan Shahril Hamdan (Alor Gajah). – Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad