web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#PRU15 - Penghargaan Kepada Kit Siang, Beliau Teraju Usaha Tembusi Johor

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 2:36AM

Pada PRU-13, Lim Kit Siang menewaskan calon BN, Abdul Ghani Othman yang merupakan mantan Menteri Besar Johor - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Usaha veteran DAP, Lim Kit Siang menembusi Johor yang suatu ketika dahulu dikenali kubu kuat Barisan Nasional (BN), membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Iskandar Puteri dengan majoriti 60,036 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, pada PRU-13, Kit Siang menewaskan calon BN, Tan Sri Abdul Ghani Othman yang merupakan mantan Menteri Besar Johor.

Katanya, beliau bangga serta terharu kerana dapat meneruskan perjuangan Kit Siang di kerusi Parlimen tersebut dan berikrar melaksanakan yang terbaik.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen untuk Iskandar Puteri selama dua penggal.

“Beliaulah yang menerajui usaha menembusi Johor yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai kubu kuat BN,” katanya menerusi kenyataan.

Secara tidak rasmi, Chin Tong memperoleh 97,140 undi, berbanding Datuk Jason Teoh Swe Hock (BN) dengan 36,881 undi dan Tan Nam Cha (PN-BERSATU), 29,660 undi.

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu, turut menyampaikan penghargaan kepada pengundi Parlimen Iskandar Puteri dan petugas kempen atas kemenangannya.

Jelasnya, susulan kemenangan itu, beliau akan berusaha menjayakan ketiga-tiga tawaran diketengahkan di kawasan berkenaan, iaitu transformasi ekonomi dan peluang pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal, pengangkutan awam dan lintas sempadan serta perancangan bandar dan ketahanan bencana lebih baik.

“Dengan usaha ini, saya berharap agar Iskandar Puteri akan menjadi kebanggaan setiap warganya.

“Kita akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menjayakan cita-cita, harapan dan aspirasi bersama. Marilah kita sama-sama menjayakan harapan Iskandar Puteri, Johor dan Malaysia,” katanya. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar