web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Anwar Komplot Dengan Wakil Asing, ‘Ini Fitnah Maha Kejam’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 4:56PM

Hussamuddin berkata perbincangan berkenaan adalah sesi soal jawab biasa mengenai keadaan semasa negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan tokoh perniagaan serta diplomat dari Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini bagi membincangkan mengenai ‘Freemason’ dan ‘Mossad’, adalah fitnah untuk memburukkan reputasi pemimpin itu.

Pengasas Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub menegaskan, sebagai individu yang turut berada ketika perjumpaan di sebuah restoran Itali di sini itu, perbincangan terbabit tidak langsung menyentuh kedua-dua topik berkenaan dan perkara sensitif.

Katanya, perbincangan berkenaan adalah sesi soal jawab biasa mengenai keadaan semasa negara.

“Manalah penulis tuduhan fitnah dapat info karut marut ini. Jika orang yang beragama dan takutkan balasan Allah SWT di akhirat nanti, tak akan buat fitnah sebegini.

“Hentikan kerja kotor ini dan bertaubatlah sebelum terlambat.

“Ini kerja fitnah maha zalim. Majlis ini adalah sesi dialog antara sekumpulan tokoh bisnes, diplomat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Mengulas mengenai keberadaan beliau dan wakil daripada syarikat The Star, Wong Chun Wai di acara itu, Hussamuddin memaklumkan mereka berdua diundang atas kapasiti sebagai veteran media.

Hussamuddin berkata, di majlis tersebut, sambil menikmati makanan tengah hari, Anwar diasak kumpulan itu dengan pelbagai soalan.

“Mereka (kumpulan itu) bertanya mengenai pilihan raya, ekonomi dan masa depan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 28 saat memaparkan Anwar yang sedang berdiri memberi ucapan dan penerangan kepada sekumpulan individu didakwa sebagai tokoh perniagaan serta diplomat dari AS.

Video itu disusuli penularan sebuah hantaran WhatsApp mempertikaikan tindakan Anwar yang didakwa berani ‘berkomplot’ dengan wakil luar negara.

Ia kemudian dikongsi pelbagai pihak, termasuk kumpulan Melayu sehingga dikhuatiri menjejaskan reputasi Anwar ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Belum lagi jadi PM dah panggil wakil luar negara AS dan di belakangnya adalah Mosaad/Yahudi yang membahayakan negara dan rakyat, khususnya Melayu Islam.

“Seolah-olah nak gambarkan semua agama sama. Perjumpaan pun di kedai arak. Ya Allah bahaya ni. Sebarkan segera,” menurut kandungan teks WhatsApp itu. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar