web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Larangan Bawa Telefon Bimbit Perlu Diteruskan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 4:45PM

Larangan membawa telefon ketika mengundi yang baharu diperkenalkan pada pilihan raya ini merupakan langkah baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon dan pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sepakat berpandangan bahawa larangan membawa telefon bimbit ketika mengundi yang baharu diperkenalkan pada pilihan raya kali ini merupakan langkah baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penyandang kerusi Parlimen Langkawi antara yang memuji langkah berkenaan berpendapat ia dapat mengelak pengundi daripada 'membocorkan' kertas undian mereka kepada pihak tertentu.

“Kalau bawa telefon bimbit masuk, boleh ambil dan hantar kepada pihak tertentu. Tunjuk pangkah parti, jadi kena bagi duit,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Kedah.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi pusat mengundi seluruh negara mendapati pengundi akur dan tidak mempunyai masalah mengikut arahan larangan penggunaan telefon bimbit.

Nadia Ibrahim, 38, yang mengundi di Parlimen Bandar Tun Razak berpandangan larangan membawa telefon bimbit semasa proses pengundian tidak menyusahkan malah mempercepat proses tersebut.

Halijah Jusoh, 53, berkata beliau tidak risau dengan larangan itu walaupun pada mulanya tidak menyangka perlu berbuat demikian.

Beliau yang ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Jalan Ipoh, di sini berkata telefon bimbitnya turut ‘dijaga’ petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dipulangkan semula.

Jurutera, Ahmad Faizal Baharin, 37, yang ditemui di pusat mengundi SK Sungai Talam, Pahang pula berkata ketetapan itu amat penting memandangkan trend memuat naik gambar dan berkongsi kegiatan seharian di media sosial amat popular dalam kalangan masyarakat kini.

"Ini amat penting kerana kita nak pastikan setiap undi itu kekal rahsia," katanya.

Nurul Qaireena Umairah Mohd Hasim, 18, pula berkata sebagai pengundi muda beliau memahami signifikasi larangan itu dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi