web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Balu Bekas MB Terengganu Mengundi Dalam Ambulans

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 4:30PM

Fatimah tetap bersemangat mengundi dalam PRU-15 di Sekolah Kebangsaan Rusila hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Kesanggupan Fatimah Ismail, 95, mengundi dalam ambulans di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini hari ini, menjadi lambang kegigihan seorang rakyat yang bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memilih tampuk kepimpinan negara.

Lebih menarik perhatian, wanita yang  mesra disapa Mok Su itu ialah balu bekas Menteri Besar Terengganu Allahyarham Mohd Daud Abdul Samad yang berkhidmat pada 1959 hingga 1961.

Mok Su, yang patah tulang paha kiri dan tidak mampu berjalan sejak 2017 kerana menderita osteoporosis, berkata beliau tidak pernah ‘ponteng’ mengundi sejak PRU 1959 yang menyaksikan arwah suaminya menang pada pilihan raya itu sekali gus dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu keenam.

“Selagi ada hayat, selagi ada ingatan insya-Allah Mok Su tak akan tinggal (mengundi). Kalau ambulans tidak boleh datang ambil pun Mok Su nak suruh orang datang ke rumah Mok Su (untuk mengundi),” katanya ketika ditemui Bernama di pusat mengundi SK Rusila di sini, hari ini.

Fatimah yang terpaksa menaiki ambulans dari rumahnya di kampung Rusila iaitu kira-kira dua kilometer dari pusat mengundi sejak PRU14, berkata beliau tetap bersemangat mengundi walau apa pun keadaan kesihatannya kerana sedar ia merupakan tanggungjawab sebagai warganegara dan umat Islam.

Sementara itu, kehadiran ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang di pusat mengundi sama turut menjadi perhatian kerana warga emas yang juga berusia 95 tahun itu dilihat bersemangat menunaikan tanggungjawab memilih walaupun dilihat sudah uzur dan perlu dipimpin untuk berjalan.

Dayang Abdullah berkata beliau bangun seawal 4 pagi hari ini untuk bersiap kerana selain mahu memberi sokongan kepada menantunya yang merupakan calon PAS Parlimen Marang, beliau juga mahu menjadi antara yang terawal tiba di pusat mengundi.

“Tok ini hanya lenguh-lenguh, tiada sebarang penyakit. Sihat cara orang tua, sebab itu selagi ada kudrat Tok rasa tiada alasan untuk tidak datang mengundi,” katanya yang ditemani anak lelakinya ke pusat mengundi di SK Rusila. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad