Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


BN Sedia Perkhidmatan Ambil, Hantar Pengundi Tegar Di Titiwangsa

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Nov 2022 3:17PM

Perkhidmatan menggunakan pelbagai jenis kenderaan mula beroperasi seawal jam 7.30 pagi ini dan akan ditamatkan pada jam 6 petang ini dan mengutamakan pengundi warga emas dan golongan uzur - Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar pengundi tegarnya ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) berdekatan bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), hari ini.

Bagaimanapun perkhidmatan tersebut mengutamakan pengundi warga emas dan golongan uzur bagi memudahkan pergerakan mereka ke PDM.

Difahamkan, perkhidmatan menggunakan pelbagai jenis kenderaan mula beroperasi seawal jam 7.30 pagi ini dan akan ditamatkan pada jam 6 petang ini.

Seorang pemandu, K Raja, 62, berkata, perkhidmatan sebegini bukanlah sesuatu yang baru bagi BN dan ia sudah menjadi sebahagian daripada strategi gabungan tersebut untuk membawa keluar pengundi tegarnya.

K Raja - Gambar oleh Fitri Nizam
K Raja - Gambar oleh Fitri Nizam

Menurutnya, dia sendiri sudah empat kali sejak PRU-12 menjadi antara pemandu perkhidmatan tersebut di Parlimen Titiwangsa.

“Perkhidmatan bermula seawal jam 7.30 pagi, kami akan pergi ke rumah pengundi yang dikenalpasti dan membawa mereka ke PDM masing-masing sebelum menghantar mereka pulang.

“Perkhidmatan ini dibuat secara percuma. Tiada bayaran dikenakan terhadap pengundi,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN Parlimen Titiwangsa, di sini hari ini.

Raja berkata, setakat jam 2 petang tadi, dia sudah melakukan 15 perjalanan membawa dan menghantar pengundi di PDM sekitar Parlimen Titiwangsa.

“Kita biasanya akan mengutamakan pengundi warga emas dan golongan yang sakit serta uzur bagi memudahkan pergerakan mereka,” katanya.

Kenderaan yang digunakan oleh K Raja untuk menjemput dan menghantar pengundi tegar BN Parlimen Titiwangsa - Gambar oleh Fitri Nizam
Kenderaan yang digunakan oleh K Raja untuk menjemput dan menghantar pengundi tegar BN Parlimen Titiwangsa - Gambar oleh Fitri Nizam

Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November depan.

Calon BN, Datuk Seri Johari Ghani berdepan tentangan daripada mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan dua lagi calon iaitu Pengerusi PEJUANG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mewakili PEJUANG dan doktor gigi, Dr Rosni Adam yang mewakili PN pula menjadi calon tunggal wanita di Parlimen Titiwangsa.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU-14.

Pada PRU-14, Rina menewaskan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undian manakala calon PAS, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

4

Politik 4 bulan yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Sukan 8 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Luar Negara 8 jam yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright