Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Azmin, Good Luck! Diva AA Pertama Tiba Di Pusat Mengundi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 9:43AM

Azwan Ali atau Diva AA mengucapkan selamat maju jaya kepada abangnya, Azmin Ali yang bertanding sebagai calon PN di Parlimen, Gombak. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA mengucapkan selamat maju jaya kepada abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Gombak.

Bagaimanapun Azwan menjangkakan abangnya itu tidak akan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kepada Azmin Ali, good luck, tetapi saya dan seluruh dunia dapat membaca (bahawa) kamu akan kalah,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat mengundi SK Klang Gate di Gombak, hari ini.

Selebriti itu dipercayai merujuk kepada tinjauan yang dijalankan oleh badan pemikir berkaitan kerajaan Institut Darul Ehsan, yang meramalkan kekalahan teruk Azmin di Gombak.

Terdahulu, Azwan, 56, antara pengundi pertama tiba di pusat pengundian di SK Klang Gate.

Azwan turut menggesa rakyat di negara ini supaya keluar melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Daripada berdengkur di atas katil seperti ba**, keluar dan buang undi anda.

“Jangan lepas ini bising harga telur, barang naik, tak kisah mengundi siapa, yang penting guna otak,” katanya.

Sebelum ini, Azwan mengumumkan menarik diri saat akhir pada penamaan calon di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon Bebas.

Sementara itu, Azmin yang dijangka mengundi di pusat pengundian yang sama tiba di SK Klang Gate pada jam 8.45 pagi.

Diiringi isteri, Datin Seri Shamsida Taharin, Azmin meluangkan masa berbual dengan pengundi yang sedang beratur, termasuk seorang warga emas berkerusi roda yang disambutnya dengan ciuman di tangan sebagai tanda hormat.

Azmin berdepan saingan lima penjuru dalam usaha beliau mempertahankan kerusi tersebut pada kali ini.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berdepan saingan kuat dari Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari selain Ketua UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN).

Turut menyertai saingan di kerusi itu, calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Jamaludin Mohd Tahir serta seorang calon bebas, yang juga Presiden Penaja Parti Bahtera Sejahtera Malaysia, Zulkifli Ahmad.

Pada PRU-14 yang lalu, Azmin menang di kerusi itu dengan majoriti 48,721 undi. – Getaran, 19 November 2022

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Sukan 1 hari yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu