Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Komitmen Kerajaan Bangunkan Kawasan Luar Bandar Tidak Pernah Pudar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 9:49AM

Pelbagai inisiatif dan usaha telah kerajaan lakukan supaya penduduk luar bandar tidak tersisih daripada arus pembangunan negara. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Membangunkan kawasan luar bandar sentiasa menjadi agenda kerajaan sejak awal penubuhan Malaysia dan tradisi itu diteruskan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih pentadbiran pada Ogos 2021.

Pelbagai inisiatif dan usaha telah kerajaan lakukan supaya penduduk luar bandar tidak tersisih daripada arus pembangunan negara sekali gus merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Komitmen kerajaan Keluarga Malaysia itu dapat dilihat melalui Bajet 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM2.55 bilion bagi meneruskan penambahbaikan kemudahan infrastruktur di luar bandar di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat.

Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Jayum Jawan berkata rancangan dan pembangunan melalui kerajaan Keluarga Malaysia mampu mengangkat negara dan komuniti khasnya di luar bandar untuk turut menikmati arus pembangunan negara.

Sehubungan itu, beliau berpandangan tumpuan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan luar bandar itu perlu diteruskan  kerana majoriti penduduk Melayu dan bumiputera adalah penduduk luar bandar.

“Setelah lebih setengah abad, wajah luar bandar sudah banyak berubah menjadi separa luar bandar atau separa bandar, pinggir bandar dan pelbagai lagi jenama. Bagaimanapun, sebilangan besar Melayu dan bumiputera masih merupakan penduduk di luar bandar dan pinggir bandar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengambil contoh projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Felow Akademi Sains Malaysia itu berkata lebuh raya tersebut akan menjadi pencetus kepada pemodenan dan perubahan cara serta gaya hidup penduduk luar bandar yang dilalui jalan raya utama itu setelah ia seiap kelak.

Mengulas lanjut, beliau berkata kegiatan ekonomi kecil-kecilan oleh penduduk luar bandar seperti di Pekan Stapang, Selangau dan Pekan Tatau, Sibu serta pekan-pekan lain di Sarawak kini semakin meningkat kesan daripada pembangunan Pan Borneo Sarawak yang turut melalui kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam merancang pembangunan luar bandar, pihak berkenaan perlu terlebih dahulu mengenal pasti kawasan yang ingin dibangunkan selain mengambil kira serta mendapatkan input orang tempatan bagi membantu menyempurnakan dasar atau program pembangunan itu.

Senada dengan Jayum adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Malaysia (PKPLBM) Mohd Haffiza Alimudin yang berpendapat peruntukan lebih besar oleh kerajaan Keluarga Malaysia itu akan dapat membawa lebih banyak pembangunan kawasan luar bandar seluruh negara.

Katanya wawasan ‘Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik’ seperti yang dirumuskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar juga mampu dicapai menjelang 2030 melalui idea yang turut memberi fokus kepada pembangunan sumber pendapatan penduduk kawasan itu.

"Dana RM472 juta yang disediakan bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan RM381 juta bagi projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif dalam Bajet 2023 juga menunjukkan kerajaan tidak hanya fokus kepada satu kaum atau komuniti, malah untuk semua bagi mensejahterakan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut mengakui kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa berusaha membangunkan kawasan luar bandar termasuk penempatan Orang Asli di pinggir bandar dan pedalaman.

Beliau berharap usaha itu dapat dipertingkatkan dengan menyalurkan dana yang mencukupi ke arah merealisasikan impian penempatan Orang Asli di Semenanjung mendapat kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Majid juga berharap pemberian one-off RM1,000 kepada Tok Batin dan penghulu Orang Asli oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 17 Okt lepas dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai menghargai jasa mereka dalam pembangunan dan adat warisan masyarakat Orang Asli.

Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri telah beberapa kali mengulangi komitmen dan menjamin untuk terus memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar serta penduduknya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Beras Putih: Kerajaan Tidak Buat ‘U Turn’ - Fahmi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 8 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk