web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Bukan Melayu Tak Tolak PN, Sokongan Meningkat 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 7:00AM

Mohd Redzuan beramah mesra bersama penduduk masyarakat Tiong Hua di Machap Baru, Alor Gajah. - Gambar Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dan bekerjasama dengan PAS tidak akan menyebabkan pengundi bukan Melayu menolak calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Penyandang Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, gelombang sokongan pengundi bukan Melayu kepada PH tidak sehebat Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan mereka tidak lagi takut kepada parti yang memperjuangan Islam.

Malah beliau tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa orang bukan Melayu, khususnya pengundi Cina akan memboikot PN, gabungan politik yang memperjuangkan agama Islam dan Bumiputera.

“Pengundi bangsa lain ini menghormati kepimpinan Melayu yang bersih, sebab mereka tahu majoriti penduduk Malaysia adalah Bumiputera Islam dan wajib melestarikan kepemimpinan itu. Tapi kita kena pamerkan ciri kepimpinan yang boleh dihormati, bukannya berperangai jelik.

“Kalau tengok pengundi bukan Melayu sendiri, mereka memerhati watak pemimpin, jadi Islam tidak ditakuti. Cuma kita kena gambarkan nilai budaya bersih harus ada dalam pemimpin. Adakah dalam Islam kita boleh berkompromi dengan pencuri?

“Orang Cina tak mahu pencuri. Jadi kita terangkan kepada bukan Melayu nilai dalam Islam itu mustahak. Mereka suka melihat orang beramanah, bersih. Itulah ciri yang ada dalam pemimpin PN," katanya kepada Getaran ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PN Parlimen Alor Gajah, baru-baru ini. 

Justeru, Mohd Redzuan yang juga calon PN Parlimen Alor Gajah itu optimis pengundi bukan Melayu akan terus memberi sokongan kepada beliau, walaupun BERSATU bukan lagi rakan gabungan dalam PH.

Katanya, ini kerana mereka bijak menilai khidmatnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu selepas memenangi kerusi tersebut pada 2018.

Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Wan tidak menolak kemungkinan 30 peratus pengundi bukan Melayu akan menjadi penentu kemenangan bagi calon bertanding di Parlimen Alor Gajah pada PRU-15.

Mohd Redzuan Yusof - Gambar oleh Aiman Sadiq
Mohd Redzuan Yusof - Gambar oleh Aiman Sadiq

“Saya dilihat sebagai seorang yang sederhana (moderate) di Alor Gajah. Saya mahu memacu pembangunan rakyat di sini lebih kepada memfokuskan individu daripada parti itu sendiri. 

“Kalau Pak Wan dilihat sentiasa bekerja keras dan memahami masalah penduduk, saya yakin mereka akan memilih pemimpin sebegitu berbanding calon luar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Asahan, Durian Tunggal, Machap Jaya, Gadek dan Rembia tidak boleh menjadi penentu gabungan itu mampu menawan semula kerusi berkenaan berikutan situasinya amat berbeza. 

“Kita sudah buat kajian, walaupun BN menang PRN Melaka, tidak semestinya pada PRU-15 mereka akan menang. Sebabnya hari ini, saya lihat kerjasama PAS dan BERSATU begitu kukuh, apa yang pengundi nak lihat adalah penyatuan ummah. 

“Orang Melayu di negara ini juga perlu bekerjasama untuk menyatukan semua kaum di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengakui tidak gentar dicabar Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang mewakili BN dan mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari daripada PH di kerusi tersebut.

Malah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu yakin majoriti pengundi di Alor Gajah akan memilih beliau kerana Adly dilihat calon taruhan DAP untuk memecahkan undi Melayu manakala Shahril pula calon luar tidak dikenali.

"Kemenangan BN dalam PRN Melaka termasuk di kesemua lima DUN di bawah Parlimen Alor Gajah, disebabkan kelemahan jentera PN. Namun kelemahan itu telah diperbaiki dan kami lebih bersedia pada PRU kali ini.

"Walaupun mempunyai kelebihan itu, seluruh jentera PN perlu bekerja lebih kuat untuk mengekalkan kemenangan di Alor Gajah," katanya. 

Pada PRU-15, Parlimen Alor Gajah menyaksikan saingan empat penjuru antara Mohd Redzuan, Adly, Shahril Sufian dan Muhammad Nazriq Abdul Rahman yang juga calon Gerakan Tanah Air (GTA). 

Mohd Redzuan pada PRU-14 memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah atas tiket BERSATU yang ketika itu masih bersama gabungan PH.

Beliau berjaya menewaskan calon Wong Nai Chee mewakili BN dan calon PAS,  Mohammad Nazree Mohammad Aris dengan majoriti 6,980 undi. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar