web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Golongan Muda Kini Generasi ‘Sandwich’ - Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 9:22AM

Syed Saddiq - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan kerisauan beliau terhadap generasi baharu yang terpaksa melalui tekanan dan kesusahan untuk memulakan kehidupan.

Menggelarkan golongan itu sebagai generasi ‘sandwich’ kerana dihimpit pelbagai masalah, beliau berkata keadaan terbabit berpunca daripada kesusahan dan peningkatan kos sara hidup.

“Saya risau dengan masa depan generasi saya. Generasi muda sekarang adalah generasi sandwich. Adakala mereka ini perlu melakukan tiga pekerjaan supaya dapat menampung tuntutan perbelanjaan.

“Walau sudah mencecah umur 30 tahun, mereka tak boleh buat loan (pinjaman) rumah. Kereta pun sewa. Ini tekanan untuk mereka memulakan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale Jelajah Mega PH di Keramat AU2 di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari yang juga calon PH bagi kerusi Parlimen Gombak.

Dalam ucapannya, Syed Saddiq turut menyentuh isu kajian dijalankan pakar ekonomi yang menunjukkan kemelesetan ekonomi global bakal dihadapi Malaysia tahun depan.

“Tahun depan kita akan hadapi kemelesetan ekonomi global. Ini menurut kajian pakar. Sebab itu PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) penting, ia bakal menentukan nasib negara kita untuk lima ke sepuluh tahun akan datang,” jelasnya.

Pada masa sama, mantan Menteri Belia dan Sukan itu menyeru rakyat untuk memilih pasukan yang bersedia mentadbir Putrajaya, bagi membolehkan perubahan besar dilaksanakan.

Malah, calon kerusi Parlimen Muar itu yakin Pakatan Harapan (PH) dan MUDA adalah gabungan sesuai mentadbir negara.

Justeru, katanya, pengundi perlu memilih pasukan yang paling sesuai bagi parti terbabit membuktikan lima tahun akan datang adalah tempoh terbaik untuk negara.

“Itulah sebab kempen pecutan terakhir ini penting untuk anda faham sebelum mengundi pada 19 November,” katanya. - Getaran 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad