web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon PH Padang Serai Meninggal Dunia

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 3:33PM

M. Karupaiya (kiri) meninggal dunia hari ini, beberapa hari sebelum PRU-15 pada Sabtu ini. - Gambar dari Facebook Karupaiya Mutusami

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah, Karupaiya Mutusami meninggal dunia hari ini, tiga hari menjelang pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sumber memberitahu The Vibes bahawa Karupaiya yang juga penyandang kerusi itu, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Karupaiya menang dengan majoriti 8,813 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Leong Yong Kong dan Muhamad Sobri Osman (PAS).

Bagi PRU-15, beliau berdepan lima calon lain, iaitu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Parti Pejuang Tanah Air), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK (Bebas).

Pakatan Harapan (PH) menerusi kenyataan menyifatkan pemergian Karupaiya kehilangan besar kepada parti terbabit dan perjuangan reformasi.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jasa mendiang sebagai ahli, Parlimen dan Cabang Padang Serai, selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutama veteran pasukan itu akan sentiasa dikenang.

“Mewakili seluruh keluarga besar PKR dan PH, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.

“Kali terakhir kami bertemu adalah pada 14 November lalu di atas pentas ceramah di Kulim. Mendiang memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan Pengerusi PH,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, Karupaiya yang juga mantan Pegawai Waran 1 ATM dan Ketua Cabang PKR Padang Serai, meninggal dunia di dalam perjuangan menegakkan keadilan demi Malaysia lebih baik.

“Semangat ini akan diteruskan pejuang PKR dan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini,” katanya Setiausaha Agong itu.

Sementara itu, calon BN, Datuk Sivaraj Chandran meluahkan dukacita terhadap berita sedih itu serta meluahkan ucapan takziah kepada isteri, anak dan penyokong mendiang.

Katanya, Karupaiya adalah mantan tentera yang meluangkan sebahagian hidup dalam perkhidmatan awam dan dunia politik.

“Saya selaku wakil MIC dan BN amat terkejut dengan berita ini.

“Ia satu kehilangan besar dan tidak dijangka masyarakat Padang Serai. Semoga beliau tenang di sana,” katanya. - The Vibes, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad