web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Sanggup Jadi Pembangkang Jika BN Masih Miliki Pemimpin Korup

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 7:14AM

Abdul Hadi Awang berkata, partinya yang merupakan sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN) sudah biasa menjadi pembangkang dan ia bukanlah perkara asing buat mereka - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGGA BATU - PAS sanggup menjadi pembangkang daripada membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN), sekiranya gabungan itu masih dipimpin oleh mereka yang terpalit dengan kes rasuah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, partinya yang merupakan sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN) sudah biasa menjadi pembangkang dan ia bukanlah perkara asing buat mereka.

Menurut beliau, PAS sedia membentuk kerjasama dengan gabungan itu dan perkara berkenaan akan diteliti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir, sekiranya BN telah bersih daripada pemimpin yang tidak berintegriti.

“Kita sanggup jadi pembangkang, PAS jadi pembangkang puluhan tahun tak jadi masalah,kita tak mahu kerajaan tak bersih,kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut.

“Kita (PN) mahu menang sendiri dengan majoriti dua pertiga, jadi tak perlu kepada kerjasama orang lain dan bila orang nak datang kepada kita selepas itu, kita mengalu-alukan kalau mereka nak buat perubahan bersama melalui PN yang menawarkan kerajaan bersih dan stabil,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program santai petang bersama penduduk Tangga Batu di Taman Desa Cheng Perdana, di sini, malam tadi. 

Diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa PN sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan, Abdul Hadi berkata, kenyataan Setiausaha Agung PAS itu merujuk kepada keputusan parti yang dibuat sebelum Parlimen dibubarkan.

Jelasnya, isu kerjasama tidak lagi berbangkit selepas Parlimen dibubarkan susulan kegagalan BN menggantikan pemimpin yang tidak korup, selain didorong oleh keputusan PAS sendiri untuk bergerak bersama PN bagi menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

“Dalam ucapan saya kita tolak BN, kita tolak PH kerana ekstrem, kerana membebaskan mereka yang rasuah. Kes Lim Guan Eng dibatalkan begitu sahaja, proses pengampunan (Anwar Ibrahim) tak ikut proses, penjenayah dilantik jadi pemimpin.

“BN pula kita tahu ada mereka (yang) masih dibicara di mahkamah jadi pemimpin. Kita mengharapkan pemilihan UMNO dibuat sebelum PRU bagi merubah (pemimpin yang tidak bersih) tapi tak boleh buat. Ini jadi masalah. Kita harapkan pemimpin bersih dalam BN. Masa itu (sebelum PRU) kita andaikan UMNO buat perubahan pimpinan tapi tak berubah,”katanya.

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, PAS bersama PN ketika ini menumpukan kepada usaha menubuhkan kerajaan secara bersendirian dan menjalin kerjasama dengan parti di Sarawak.

Beliau juga tidak menafikan bahawa sememangnya ada pemimpin dalam UMNO mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan, bagi memastikan kes rasuah yang dihadapi digugurkan.

“Kita bertolak untuk berusaha menang sendiri tampa bergabung dengan sesiapa. Ini langkah kita ambil, kita nak menang sendiri. Ada 170 kerusi lebih kita tanding, kalau campur dengan Sarawak dapat 2/3 majoriti, boleh tubuh kerajaan. Ini mesti diusahakan. Ini juga andaian kita dan keputusan tak tahu lagi. 

“Ada yang nak bergabung dengan PH, kerana dalam PH senang boleh bebas. Dengan kita tidak, kita minta teruskan kes mahkamah,”katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi PH Perak, Nga Kor Ming bahawa pentadbiran Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang dipimpin Taliban jika PN menang, Abdul Hadi menyifatkan Kor Ming sebagai orang yang cetek ilmu kerana PAS telah terbukti berjaya menjadi kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan hasutan DAP yang menuduh PAS, sebaliknya perlu sedar parti berkenaan lebih bahaya kerana mempunyai agenda komunis.

“DAP tak tahu apa itu Taliban. Taliban ini pelajar pondok yang menentang Amerika Syarikat (AS), bila AS kalah mereka cukup marah kepada Taliban. Taliban tak tahu memerintah, tak tahu nak buat  sekolah, tak tahu nak buat apa. 

"PAS perintah Kelantan lama. Kita tak tutup sekolah, perintah Terengganu, perintah Kedah, ramai pergi universiti. DAP baik tak payah cakaplah. Yang kita tahu dalam DAP ada komunis, kamu tuduh kami Taliban tapi dalam kamu (DAP) ada komunis,” katanya. - Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar