web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: “DAP Mahu Lebih Banyak Sokongan Melayu? Kena Usahalah!” - Howard Lee

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 7:07AM

Menurut Howard Lee, wakil rakyat perlu berkhidmat tanpa mengharapkan balasan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Kerja keras yang bersulam keikhlasan untuk menaik taraf komuniti Melayu di pelbagai pelusuk tempat perlu menjadi amalan, sebelum DAP berjaya meraih sokongan tidak berbelah bahagi daripada kumpulan etnik terbesar Malaysia itu.

Calon Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee berjaya memahat namanya dalam kalangan komuniti Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pinji berikutan perkhidmatan cemerlang diberi, selain kefasihannya bertutur dalam loghat Perak yang amat pekat.

Katanya kepada Getaran, wakil rakyat perlu berkhidmat tanpa mengharapkan balasan.

Howard Lee berjaya memahat namanya dalam kalangan komuniti Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pinji berikutan perkhidmatan cemerlang diberi, selain kefasihannya bertutur dalam loghat Perak yang amat pekat
Howard Lee berjaya memahat namanya dalam kalangan komuniti Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pinji berikutan perkhidmatan cemerlang diberi, selain kefasihannya bertutur dalam loghat Perak yang amat pekat

 

Bukan Apa Lagi Melayu Mahu, Tapi Bagaimana Untuk Berkhidmat Tanpa Mengharapkan Balasan

“Bukan apa lagi Melayu mahu, tapi bagaimana kita boleh berkhidmat tanpa mengharapkan balasan. 

“Ia bukan lagi soalan ‘apa lagi Melayu mahu,” balas Lee ketika ditanya mengenai perkara itu, yang merujuk kepada tajuk utama akhbar Utusan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), “Apa Lagi Cina Mahu?”

“Jadi, apa lagi Melayu mahu? Rasanya bukan soalan asas – soalannya adakah kita (DAP) sanggup terus buat kerja, berbuah atau tidak. 

“Nampak bagi teman ini, jelas bahawasanya, satu-satunya jawapan untuk selesaikan masalah itu, ialah kejujuran, ketulusan dan keikhlasan untuk buat kerja. Kalau ada kuasa tapi kerjanya tak buat, tak kisah hang nak cuba macam mana pun, sokongan itu takkan mari.

“Tapi bila buat kerja yang ikhlas, orang nampak, perlahan-lahan pun dia akan datang lah. Dan lagi, dia senang sebenarnya. Kalau pergi, jangan harapkan buah. Usahakan bila buahnya datang, bersyukurlah. Kalau tak datang, teruskan saja.

“Buat kerja lagi. Jadi persoalannya adakah DAP sanggup bekerja tanpa hasil? Kami sanggup, tapi dalam pada itu, kalau kita buat kerja kita dengan ikhlas, dia akan berbuah hasillah,” katanya, panjang lebar.

Lee disambut mesra peniaga Melayu ketika mengunjungi pasar malam Tebing Tinggi
Lee disambut mesra peniaga Melayu ketika mengunjungi pasar malam Tebing Tinggi

Bekas exco kerajaan negeri itu turut berkongsi pengalamannya sewaktu membuat kemunculan kali pertama sebagai calon pada PRU-13.

Ketika itu, Lee diberi mandat untuk menawan kerusi DUN Pasir Pinji. Apabila konvoi disertainya berada di sebuah kawasan di Taman Temara, mereka melintasi pusat Pemuda UMNO di bahagian kiri jalan dan Wanita UMNO di kanan laluan sama.

Apabila kenderaan dinaikinya diperlahankan, dia dihampiri seorang lelaki yang membawa bendera DAP, sebelum bertindak membakar panji parti tersebut.

“Dari itu, sehingganya ada tubuhnya cawangan DAP yang aktif, yang secara giat, agresif berkhidmat di setempat, sehingga kita jadi kerajaan, sehingga kembali pembangkang, ahli-ahli di sana masih taat setia.

Jelas Lee, untuk kempen semasa dan 2018, kejayaannya sentiasa berlatar belakang komuniti Melayu yang ditemui di Kampung Sri Kinta dan serta Kampung Pasir Puteh.

Komuniti Melayu inilah yang mengurus dan mengatur setiap perkara di pusat perkhidmatan berkenaan.

Malah, Getaran menyaksikan sendiri bagaimana Lee disambut mesra peniaga Melayu ketika mengunjungi pasar malam Tebing Tinggi.

Menyentuh mengenai cabaran utama dihadapi Lee untuk PRU-15, anak tempatan jati Ipoh Timor itu secara bersahaja memberitahu, ia adalah hujan lebat dan banjir
Menyentuh mengenai cabaran utama dihadapi Lee untuk PRU-15, anak tempatan jati Ipoh Timor itu secara bersahaja memberitahu, ia adalah hujan lebat dan banjir

 

Senjata Utama BN Terhadap PH? Ribut Petir Dan Banjir!

Menyentuh mengenai cabaran utama dihadapi Lee untuk PRU-15, anak tempatan jati Ipoh Timor itu secara bersahaja memberitahu, ia adalah hujan lebat dan banjir.

“Zahid menggunakan strategi yang hebat apabila menggunakan hujan lebat sepanjang musim tengkujuh. Saya tak pernah berkempen dalam suasana seperti ini, yang menyaksikan khemah kami roboh kerana hujan terlalu lebat.

“Ini berlaku ketika hari pertama kami berkempen di Pasir Pinji. Hujan bermula pada jam 6 petang dan ceramah kami dijadualkan berlangsung pada 7.30 malam. Hujan tidak berhenti waktu itu. Sekitar jam 11.30 malam apabila kami bersiap untuk pulang, ia menjadi bertambah lebat.

“Selepas itu tahu-tahu sahaja khemah tersebut roboh. Kami bernasib baik tiada sesiapa berada di bawahnya dan tidak ada yang cedera,” kata Lee.

Meskipun begitu, wakil DAP tersebut memberitahu, beliau gembira melihat insiden seumpamanya tidak mematahkan semangat penyokong, pekerja parti dan orang awam, apabila ceramah dianjurkan terus mendapat sokongan. - Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad