web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Janji PH Utamakan Kenaikan Gaji Jika Menang PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 2:04PM

Rafizi Ramli mendakwa tangga gaji di Malaysia jatuh dan antara yang terendah di rantau ini, dengan sebahagian besarnya disebabkan salah urus, penyelewengan, skandal serta ketidakupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperkasakan ekonomi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU – Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberi keutamaan kepada kenaikan gaji sektor awam dan swasta, sekiranya Pakatan itu kembali mentadbir kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa tangga gaji di Malaysia jatuh dan antara yang terendah di rantau ini, dengan sebahagian besarnya disebabkan salah urus, penyelewengan, skandal serta ketidakupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperkasakan ekonomi.

“Kita perlu menaikkan tangga gaji secara beransur-ansur dan seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Kita perlu melihat semula kadar inflasi negara.

“Kami komited (dengan inisiatif ini) jika diberi peluang untuk mentadbir semula negara,” katanya kepada orang ramai dalam ceramah di sini, malam tadi.

Rafizi Ramli berucap di acara ceramah semalam di Balik Pulau - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Rafizi Ramli berucap di acara ceramah semalam di Balik Pulau - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Satu daripada rancangannya ialah menyediakan pembiayaan kepada majikan sebagai sebahagian daripada program subsidi gaji.

Rafizi berkata, mungkin ramai pengundi tidak menyedari perkara itu, tetapi ketika PH mentadbir kerajaan Persekutuan, banyak portfolio utama dikuasai wakil PN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bermula dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) hingga Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau juga memohon maaf kepada orang bukan Islam bagi pihak PH kerana dijadikan kambing hitam oleh BN dan PN, terutamanya PAS, komponen parti PN yang menggunakan kaum serta agama bagi mengugat keharmonian negara.

Walaupun cuaca kurang memuaskan, namun penduduk Balik Pulau tetap keluar untuk menghadiri acara ceramah malam tadi - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Walaupun cuaca kurang memuaskan, namun penduduk Balik Pulau tetap keluar untuk menghadiri acara ceramah malam tadi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Ada seorang penceramah PAS yang bercakap mengenai keganasan terhadap orang bukan Islam. Jangan risau, PH akan berdiri bersama semua rakyat Malaysia. Kita memerlukan orang Melayu, Cina, India dan minoriti lain untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

Sementara itu, beliau mendakwa PH semakin mendapat sokongan untuk mencapai majoriti mudah di Dewan Rakyat kerana gabungan terbabit mengambil berat amanat rakyat.

“Rakyat menghantar mesej semasa Melaka dan Johor (Pilihan Raya Negeri)... kita mesti mewakili kepentingan mereka dan tidak sibuk dengan siapa menjadi Perdana Menteri,” katanya.

PH kehilangan beberapa kerusi diperolehnya semasa Pilihan Raya Umum 2018 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. – The Vibes, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Percubaan Sistem Padu Pada November, Diguna Januari 2024

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Tolak Risiko Pelaksanaan Gaji Minimum Beri Kesan Pada Inflasi - Rafizi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam MTEN Ogos - Rafizi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan