web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usah Terpengaruh! Kajian Sentimen Pengundi Cenderung Sokong Parti Politik Tertentu - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 7:36PM

Penyokong BN dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kajian sentimen pengundi berkaitan keputusan PRU-15 yang diumumkan pelbagai pihak baru-baru ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya penyokong Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kajian sentimen pengundi berkaitan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang diumumkan pelbagai pihak baru-baru ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana terdapat pengelola kajian yang rapat dengan pemimpin dan wakil atau parti politik tertentu, walaupun kajian itu pada luarannya dilihat tidak memihak kepada sesiapa.

Malah katanya, ada penemuan beberapa kajian dilihat hampir dekat dengan citarasa pemimpin tertentu atau sesebuah parti.

“Terdapat sampel pengundi ada kalanya tidak sampai 1,500 pengundi. Namun penemuan tersebut seolah-olah menggambarkan seluruh situasi, sikap dan pendirian 21 juta pengundi.

“Inilah yang banyak dilakukan oleh musuh BN pada ketika ini yang amat terdesak dan malu berdepan kekalahan tidak lama lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau, terdapat soalan ditanya melalui panggilan telefon secara rambang dan sudah pasti pengundi tidak akan memberikan jawapan sebenar terutamanya berkaitan kecenderungan mereka.

Beliau yang bakal mempertahan Parlimen Bagan Datuk kali ini berkata, motif pemanggil pastinya meragukan jika mereka langsung tidak dikenali pengundi yang dihubungi.

“Jadi amat sukar bagi pengundi yang dihubungi untuk berterus-terang mengenai isi hati sebenarnya.

“Lebih-lebih lagi soalan bertalu-talu dikemukakan (yang boleh) menyebabkan ketidakselesaan, ditambah lagi nombor diperoleh tak diminta izin terlebih dahulu daripada tuan badan,” katanya.

Zahid bagaimanapun berkata, hakikatnya terdapat keghairahan pihak tertentu melakukan perang psikologi secara terancang untuk memberi imej kononnya parti mereka sudah mara ke hadapan, walaupun realiti sebenar adalah sebaliknya.

“Misalnya Perikatan Nasional (PN) cuba bermain perang psikologi di media sosial seolah-olah mampu menang banyak kerusi. Banyak juga perang psikologi seperti melalui TikTok digunakan untuk menyampaikan dakyah palsu populariti mereka.

“Sedangkan untuk PN menang 25 kerusi seluruh negara adalah suatu yang mustahil berlaku kerana jumlah ahli sangat sedikit dan ada pula tidak yakin dengan perjuangannya. Terdapat juga (ahli) keluar dari BERSATU secara beramai-ramai,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyindir BERSATU yang hanya berkemampuan memacak bendera mereka dengan lebih berganda walaupun parti tersebut baru berusia setahun jagung.

Katanya, semua itu hanyalah bersifat kosmetik semata-mata dan hakikatnya PN tidak popular, malah sudah ditolak oleh akar umbi negara ini.

“Semoga ahli BN tidak terpengaruh dakyah palsu musuh BN yang mencuba pelbagai cara untuk memperkecil impak BN terhadap pilihan raya umum kali ini. Mereka sendiri dalam ketakutan.

“Beberapa Parlimen seperti Pagoh, Larut, Bukit Gantang, Batang Serai, Masjid Tanah, Jeli, Hulu Terengganu, Mersing, Sabak Bernam, Tasik Gelugor adalah antara Parlimen yang dikenal pasti akan berjaya dirampas kembali oleh BN kali ini,” katanya.

Beliau berkata, kempen pada minggu terakhir ini digunakan musuh BN untuk menabur kepalsuan melalui perang psikologi, dengan harapan rakyat akan termakan dakyah murahan itu.

“Teruskanlah kita bergerak kempen dari pusat daerah mengundi ke pusat daerah mengundi, ceramah berkelompok, menyantuni pengundi dari rumah ke rumah.

“Ini adalah antara kekuatan kita selain kempen melalui media sosial dan big crowd yang semakin menunjukkan perkembangan positif untuk BN,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum 2018, Ahmad Zahid memenangi kerusi Bagan Datuk dengan majoriti 5,073 undi selepas mendapat 18,909 undi untuk menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) yang memperoleh 13,836 undi dan calon PAS, Ata Abdul Muneim Hasan Adli 4,061).

Kali ini, Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Ahmad Zahid, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin (PH), Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN) dan Mohamed Tawfik Ismail yang juga calon Bebas.

Bagan Datuk terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu diikuti Cina (18 peratus), India (22 peratus), dan lain-lain (1 peratus) dengan 58,183 pengundi berdaftar. - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar