web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Jangan Ingat Kamu Tiada Dosa – Tok Mat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 3:37PM

Mohamad Hasan mendakwa BN tumbang akibat hasutan dan janji diberikan BERSATU yang ketika itu bersama PH pada PRU-14 lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – BERSATU tidak suci daripada dosa, apabila tidak menunaikan janji yang dilakar dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut beliau, BERSATU bersama Pakatan Harapan (PH) telah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara selama 60 tahun dengan baik dan cemerlang.

Dakwanya, BN tumbang akibat hasutan dan janji diberikan BERSATU yang ketika itu bersama PH pada PRU-14.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

“Orang tak lupa, BERSATU dah keluar PH tapi mereka juga adalah dalang (manifesto tidak ditepati).

“BERSATU jangan ingat dia tak ada dosa. Orang masih ingat, dia adalah sebahagian PH. Tapi sekarang dia masuk PN (Perikatan Nasional) fuhh, macam tak ada apa, macam sucilah dia cakap, padahal dialah bersama dengan PH dulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kempen yang meminta pengundi memilih PN berbanding PH, walaupun BERSATU pernah berada dalam kerajaan PH sebelum ini.

BERSATU diasaskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas meninggalkan UMNO, susulan skandal 1MDB membabitkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Parti tersebut yang menyertai gabungan PH berjaya menumbangkan BN pada PRU-14 lalu, namun hanya mampu bertahan selama 22 bulan. - Getaran, 14 November 2022

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad