web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Watak Sebenar Saya Tak Begitu, Saya Bukan ‘Bad Boy’ -  Jamal Yunos

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 7:00AM

Jamal Yunos - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun dikenali di seluruh Malaysia dengan pelbagai kontroversi, calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos optimis pengundi setempat faham akan nawaitu perjuangannya.

Siapa sahaja yang tidak kenal Jamal Yunos? 

Tindakannya bertuala sambil memegang gayung dan berus gigi di depan Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor satu masa dulu masih segar dalam ingatan. 

Mengakui dikenali bukan saja oleh masyarakat Sungai Besar bahkan di seluruh negara, Jamal berkata isu yang diperjuangkannya berkait rapat dengan kemaslahatan rakyat terutamanya di negeri Selangor.

Menurutnya, ‘watak’ aneh yang sering dibawa adalah semata-mata untuk membuka mata kerajaan negeri supaya lebih bertanggungjawab terhadap rakyat setempat, yang ketika itu dibelenggu masalah gangguan air tidak berkesudahan.

“Watak yang saya bawa di luar itu tidak sama dengan watak saya yang sebenarnya. Isu yang saya bawakan itu (mungkin) hari ini mereka tak faham, tapi jika empat lima tahun dulu ya (faham).

“Betul saya bertuala orang ramai kata saya gilalah, bodohlah, pak lawaklah, badutlah dan sebagainya tetapi apabila masalah air berterusan berlaku, isu air tak ada saja, (orang) akan ingat Jamal Yunos,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Getaran.

Untuk rekod, pada Disember 2016, Jamal dengan hanya bertuala sambil memegang gayung dan berus gigi hadir di depan Bangunan SUK Selangor untuk menumpang mandi di bangunan tersebut.

Beliau mendakwa, bekalan air ke rumahnya terjejas selama empat hari dan sudah dua hari tidak mandi.

Mengulas lanjut, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, tindakan itu bukanlah disebabkan tidak tahu malu atau tidak bermaruah, sebaliknya beliau meletakkan kepentingan rakyat melebihi diri dan keluarga sendiri.

“Jika orang faham kenapa saya bertuala, bukannya tak tahu malu (atau) tidak ada maruah, tetapi pada saya malu dan maruah itu tidak penting. Yang lebih penting adalah membela rakyat supaya kerajaan negeri bertanggungjawab kepada rakyat.

“Bagi saya, isu tersebut adalah isu asas, jadi saya sanggup buang rasa malu mengetepikan soal maruah diri dan keluarga.

“Bukan saya saja yang kena hina dengan orang ramai apabila bertuala malah anak, isteri dan adik beradik juga kena tetapi yang mustahaknya perjuangan saya untuk rakyat,” katanya.

Walaupun tahu cara penyampaiannya itu agak berbeza, Jamal mendakwa ia memberi impak besar sehinggakan masalah dibawanya sampai tepat kepada sasaran dan berjaya diselesaikan.

“Sebagai contoh isu arak. Saya pecahkan botol arak di depan Bangunan SUK. Itu kerana saya tidak mahu melihat negeri Selangor dijadikan tempat pesta arak seperti Oktoberfest yang mana ia adalah budaya orang Jerman.

“Sudah pasti saya tidak setuju, Islam juga menegah. Jika orang Cina atau orang India hendak minum terpulang (kepada mereka) tapi tidak boleh secara terbuka yang akhirnya menyebabkan golongan muda Melayu terjebak sama ke kancah maksiat,” katanya.

Bercakap mengenai strategi kempennya di Sungai Besar, Jamal berkata, penerimaan masyarakat bukan Melayu di kawasan tersebut semakin positif walaupun undi mereka adalah rahsia.

Menurutnya, senario masa kini agak berbeza dengan dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, yang menyaksikan masyarakat bukan Melayu bukan saja menolak untuk bersalaman malah enggan bertentang mata dengan jentera BN ketika berkempen.

“Dalam dua pilihan raya yang lepas, mereka ini bukan saja enggan bersalaman malah tak mahu tengok muka kita pun. Itu yang saya alami ketika membantu jentera berkempen sebelum ini.

“Bagaimanapun, sekarang situasinya mungkin sudah berubah kerana mereka lebih mesra dan mudah untuk didekati. Inilah politik matang, walaupun berbeza pendapat jangan sehingga bermasam muka sesama masyarakat.

“Jadi untuk minggu terakhir berkempen saya dan jentera akan memberi tumpuan lebih kepada golongan atas pagar supaya dapat menyokong BN pada PRU-15 ini,” katanya.

Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Jamal, Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional); Saipolyazan Mat Yusop (PH-PKR) dan Asmawat Samad (Gerakan Tanah Air).

Pada PRU-14 lalu, Muslimin berjaya menawan Parlimen Sungai Besar dengan majoriti tipis iaitu 714 undi mengalahkan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Salleh Husin. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad