web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Anwar Minta Pengundi Bebaskan Indera Mahkota Dari Pengkhianat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 10:26AM

Anwar berucap di ceramah kempen di Beserah malam tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pengundi di Indera Mahkota, Pahang digesa menyingkirkan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kerana membelakangi Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi kerusi itu di bawah tiket gabungan itu.

Menyifatkannya sebagai “kerusi pengkhianat”, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pengundi supaya mengingati “pengkhianatan” Saifuddin ketika membuang undi kerana beliau telah keluar dari PKR dan kini mewakili seteru mereka, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saifuddin memenangi kerusi itu kerana janjinya untuk menjaga kebajikan rakyat … tetapi beliau cepat mengkhianati (mandat rakyat) semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya (sebagai Ahli Parlimen).

“Beliau (Saifuddin) tidak layak menjadi Ahli Parlimen. Alasan beliau cuba mempertahankan kerusinya tidak ada kena-mengena dengan prinsip yang betul,” kata Anwar semasa ceramah kempen di Beserah di sini, malam tadi.

Penonton bertepuk tangan semasa mendengar ucapan dari pemimpin PKR itu. - Gambar oleh Syeda Imran
Penonton bertepuk tangan semasa mendengar ucapan dari pemimpin PKR itu. - Gambar oleh Syeda Imran

Menurut beliau, ia bukan sebahagian daripada “tradisi tempatan” untuk mengabaikan kecuaian pemimpin yang telah menzalimi orang lain, terutama mereka yang mendapat kepercayaan rakyat.

“Budaya kita ialah tidak memaafkan mereka yang tamak (ahli politik). Kami tidak memaafkan pengkhianatan, terutama terhadap rakyat.

“Jangan tersilap langkah di Indera Mahkota (dengan membenarkan Saifuddin kekal sebagai Ahli Parlimen),” katanya disambut sorakan daripada lebih 200 penyokong yang hadir di sini.

Saifuddin memenangi kerusi itu atas tiket PKR semasa Pilihan Raya Umum 2018 sebelum berpaling tadah kepada BERSATU berikutan Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan pentadbiran PH pada Februari 2020 selepas hanya 22 bulan memerintah Putrajaya.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri pada penggal pertama pentadbiran kerajaan PH.

Anwar berkata Saifuddin mengkhianati mandat rakyat semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya. - Gambar oleh Syeda Imran
Anwar berkata Saifuddin mengkhianati mandat rakyat semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya. - Gambar oleh Syeda Imran

Saifuddin terus mengekalkan portfolio tersebut semasa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan kemudian di bawah pentadbiran, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Kerusi Parlimen Indera Mahkota menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Saifuddin akan menentang Quek Tai Seong dari Barisan Nasional (BN), Zuraifi Ismail mewakili PH, dan Mohamad Nor Sundari dari PEJUANG.

Rakyat akan mengundi bagi menentukan kerajaan baharu pada 19 November, dengan pengundian awal ditetapkan pada 15 November. - The Vibes, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

2

Politik 4 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

Semasa 5 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad