web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Undi Awal Tentera Berlaku Hari Ini, Anwar Gesa SPR Siasat Kebenaran Maklumat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 5:35PM

Menurut Anwar Ibrahim, maklumat sahih diterimanya menyatakan semua anggota tentera berkenaan di Parlimen Bera dibayar sebanyak RM300 setiap seorang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta segera menyiasat kebenaran maklumat kononnya undi awal dan pos melibatkan anggota tentera sudah berjalan hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu jika benar berlaku jelas melanggar peraturan ditetapkan SPR.

Menurut beliau, maklumat sahih diterimanya menyatakan semua anggota berkenaan di Parlimen Bera dibayar sebanyak RM300 setiap seorang.

“Saya nak nasihat SPR supaya mengambil tindakan tegas agar tidak mencemarkan pelaksanaan pilihan raya umum (PRU).

“Jelas (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) cemas. Mereka tahu BN (Barisan Nasional) di tahap paling panas sekarang dan mereka bersekongkol dengan PN (Perikatan Nasional) untuk memastikan ada penipuan dalam proses PRU,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada pertemuan bersama rakyat dan kepemimpinan PH Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, undi berkenaan jika benar berlaku seperti maklumat diperoleh, perlu dibatalkan dan wajib diadakan semula mengikut tarikh asal iaitu pada 15 November.

“Proses demokrasi mesti berjalan dengan adil sebab itu kita bantah (apa yang) BN, PN dan PAS (lakukan).

“Benda yang dilawan selama ini oleh PAS, sekarang mereka membisu. Jawatan itu membuatkan mereka terpaku, kelu, membisu,” katanya, sinis.

Akui calon Perdana Menteri blok PH itu lagi, beliau tidak menyangka barisan kepemimpinan PAS boleh mengubah prinsip perjuangan hanya kerana manfaat peribadi.

“Saya kenal PAS lama, tak sangka itu boleh berlaku tapi kuasa membolehkan.

“Tapi kalau (mereka) bersyarah (sebut diri) parti Islam. Kecam kita kerana tak sokong Islam. Tokoh PAS Kedah kata siapa sokong PN gerenti masuk syurga. Dia ingat syurga tu pak (bapa) dia punya ka? Bodoh (benar) kenyataan itu. Kenyataan jahil yang melanggar prinsip Islam,” tegasnya.

SPR pada mesyuarat 20 Oktober lalu menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti, manakala tarikh mengundi awal ditetapkan pada 15 November.

Anwar yang juga penyandang Parlimen Port Dickson membuat kejutan apabila mengumumkan bakal bertanding di Parlimen Tambun di Perak.

Beliau bakal dicabar tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN – BERSATU), Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (GTA) dalam saingan empat penjuru itu. – Getaran, 11 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar