web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Khairy Turut Bantu Kempen, ‘Tak Mudah, Saya Calon Underdog…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 3:22PM

Bukan mudah untuk memenangi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) itu, tetapi Khairy Jamaluddin mengakui beliau akan cuba melakukan yang terbaik dalam tempoh kempen berbaki lapan hari sahaja lagi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Biarpun namanya mula meniti di bibir penduduk Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin yang mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu tetap menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’. 

Akuinya, bukan mudah untuk memenangi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) itu, tetapi beliau akan cuba melakukan yang terbaik dalam tempoh kempen berbaki lapan hari sahaja lagi.

“Ya, dalam hidup ini mesti yakin. Tapi keyakinan itu mesti diimbangi dengan jangkaan atau harapan realistik. Parlimen ini kawasan susah nak menang untuk BN. Majoriti bukan sikit, 26,000, kawasan bandar dan kubu kuat PH. 

“Jadi saya masih anggap diri saya sebagai ‘underdog’ di Sungai Buloh. Saya cuba berjumpa seramai mungkin pengundi, (tetapi) yang tak dapat jumpa tu, (saya) cuba mendekati mereka di media sosial. 

“Dan kita sudah menghampiri ‘half time’ kempen. Ada separuh masa lagi. Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik. Ia tidak mudah,” katanya. 

Dalam pada itu, Khairy memberitahu isterinya, Nori Tun Abdullah turut membantu beliau berkempen di Sungai Buloh. 

“Ya, ya setiap hari dia ada. Dia ada program dia juga,” katanya ringkas.

Khairy Jamaluddin, Nori Tun Abdullah bersama penduduk Kota Damansara di acara Majlis Dialog Kepimpinan Komuniti Kota Damansara - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin, Nori Tun Abdullah bersama penduduk Kota Damansara di acara Majlis Dialog Kepimpinan Komuniti Kota Damansara - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin

Dalam perkembangan berasingan, Khairy yang turun padang membantu mangsa banjir di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang, Selangor, semalam, berkata, terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.

“Ini satu keperluan mendesak sebab kawasan bandar sebenarnya tidak seharusnya berdepan masalah banjir sebegini. 

“Ramai boleh kata ini kesan perubahan iklim, tapi saya tengok ada banyak kemudahan dan projek tebatan ataupun mitigasi banjir yang mesti diperhebatkan,” katanya. 

Justeru, Khairy berkata, sekiranya dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Buloh, beliau akan duduk berbincang dengan kerajaan Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan untuk mencari penyelesaian holisitik terhadap isu tersebut. 

Khairy turut turun padang membantu mangsa banjir di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang, Selangor, semalam - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin
Khairy turut turun padang membantu mangsa banjir di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang, Selangor, semalam - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin

“Kita senaraikan dan buat pemetaan mana kawasan berisiko tinggi. Apa keperluan dan kita datang dengan penyelesaian holisitik. Nak cakap satu ban, satu ban tak bolehlah. 

“Kena ada penyelesaian holisitik sebab memang banjir di kawasan Kampung Melayu Subang dan Taman Setia Warisan ini bukan rare (jarang), tapi jadi satu acara tiga, empat kali setahun. 

“Ia memang menyusahkan penduduk di sana. Bila berlaku bah, ia akan masuk sampai ke rumah, semua barang rosak. Kita perlukan penyelesaian,” katanya. 

Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara BN, PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta dua calon bebas.

Saingan sengit di situ membabitkan Khairy, Datuk R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (PEJUANG), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, 62, serta Nurhaslinda Basri, 33.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang R Sivarasa daripada PH dengan majoriti 26,634 undi. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad