Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


''PKR Nak Isytihar Harta Tak Apalah, Tapi DAP Pun Tak Buat'' - Khairy

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 1:37PM

Khairy berbual dengan salah seorang pesakit di Hospital Cyberjaya pada Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya, di sini, hari ini. - Gambar dari Facebook Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menyindir tindakan PKR mewajibkan semua calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengisytiharkan harta.

Beliau berkata, ia kerana tidak semua calon dalam kalangan rakan PKR di bawah gabungan sama, iaitu Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP berbuat demikian.

“Jadi PKR nak buat tak apalah, tapi rakan-rakan PKR pun tak ikut sama juga. 

“Macam DAP tak buat. Jadi masing-masing ada pendirian (parti) mereka sendiri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin - Gambar dari Facebook Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin - Gambar dari Facebook Khairy Jamaluddin

Ditanya sama ada calon parti lain juga perlu berbuat demikian, Khairy berkata, beliau tiada masalah untuk melakukannya dan ia menjadi amalan BN serta UMNO sejak dahulu. 

Malah katanya, tindakan itu disifatkan sebagai perkara penting yang perlu dilakukan.

“Pengisytiharan harta ini saya sebut daripada awal, ini satu perkara penting. Dan saya tiada apa-apa masalah isytiharkan harta apabila dipilih dan dilantik. 

“Ini memang amalan kita dari dulu lagi. Saya telah pun mengisytiharkan harta saya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“SPRM pun senaraikan semua menteri dengan nilai harta mereka. Dan saya pun tersenarai dalam julat harta yang dipersetujui SPRM mengikut pengisytiharan harta saya,” katanya.

Bagaimanapun Khairy berkata, BN hanya akan berbuat demikian selepas calonnya dilantik jawatan dalam kerajaan. 

“Masing-masing ada pendirian. Tapi pendirian kami adalah untuk kita buat selepas dilantik jawatan dalam kerajaan,” katanya. 

Semalam, DAP tidak bercadang untuk mewajibkan semua calon PRU-15 parti itu mengisytiharkan harta mereka. 

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP tidak mempunyai polisi yang mewajibkan calon pilihan raya perlu mengisytiharkan harta.

Namun, beliau berkata, sekiranya dipilih sebagai kerajaan Pusat, mereka akan melakukan pengisytiharan harta seperti diamalkan sebelum ini.

“Kita tiada polisi (isytihar harta) sebegitu dan jika kita dipilih sebagai kerajaan sebelum kita angkat sumpah, kita akan isytiharkan,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan sengit tujuh penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan dua calon bebas.

PH ditandingi Datuk R Ramanan, manakala Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (PEJUANG), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, 62, serta Nurhaslinda Basri, 33.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang R Sivarasa daripada PH dengan majoriti 26,634 undi. - Getaran, 11 November 2022

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 20 jam yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Semasa 21 jam yang lalu

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

Semasa 1 hari yang lalu

Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

oleh Diyana Nawwar