Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Negara Lebih Hancur Jika Kerajaan Ditadbir Kleptokrat – Tun M

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 1:10PM

Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Malaysia kini dilanda masalah kerana dasar cash is king yang menjadi amalan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara akan menjadi lebih hancur jika kerajaan terdiri daripada penjenayah kleptokrat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu mendakwa, Malaysia kini dilanda masalah kerana dasar cash is king yang menjadi amalan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jika diampun Najib akan pimpin UMNO dan jadi Perdana Menteri. 

“Sebuah Malaysia akan ditadbir oleh bekas-bekas perasuah, pencuri dan penyalahguna kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri  dilaporkan turut menyenaraikan pelbagai sebab untuk rakyat tidak mengundi calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau mendakwa, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya akan mementingkan diri berbanding masa depan negara sekiranya berjaya memenangi PRU-15.

PH pula dakwa Dr Mahathir, akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang muflis sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

“Gabungan PN pimpinan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin pula tidak cukup cekap dalam menangani masalah ekonomi, politik serta sosial yang terjadi akibat COVID-19, dan ia boleh dilihat semasa mereka menjadi kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir yang juga penyandang Parlimen Langkawi bakal mempertahan kedudukannya pada PRU-15 nanti, dan berdepan saingan lima penjuru.

Bertanding atas tiket PEJUANG, beliau yang mencatat sejarah sebagai calon tertua iaitu pada usia 97 tahun bakal dicabar Datuk Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN) dan Datuk Abdul Kadir Sainudin (Bebas).

Pada PRU-14, beliau yang memimpin blok PH memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 8,893 undi. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Semasa 21 jam yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar