web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat - Mohamad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 3:33PM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha untuk memajukan Malaysia, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Calon BN di kerusi Parlimen Rembau itu berkata pembentukan kerajaan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main tetapi perkara yang perlu diambil serius bagi memenuhi keperluan rakyat dan pelaksanaan urus tadbir sesebuah kerajaan.

“Kita bukan kerajaan budak-budak… menguruskan negara perlu serius dan praktikal. Kita dah lama mentadbir dulu dan mempunyai pengalaman jadi kita tahu dari aspek mana yang perlu diberi perhatian.

“Usaha kita untuk mengukuhkan kepercayaan terhadap kerajaan supaya rakyat berasa selesa dengan kerajaan yang mantap dan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini mengulas manifesto BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Manifesto yang menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN (PADU) itu merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad