web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Manifesto BN Tampil 'PADU', 99 Amal Dan Usaha Kemudi Malaysia Ke Arah Negara Maju

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:02AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan tawaran baharu yang segar daripada BN kepada rakyat Malaysia - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifesto dengan  menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN atau ringkasnya PADU, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

Menyifatkan PADU sebagai bukan janji manis atau indah, Ahmad Zahid berkata PADU merupakan pelan yang serius dan rasional berpandukan sasaran yang jelas.

“PADU bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi. Ia merupakan pelan yang BN akan amal dan usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua, Insya-Allah,” katanya ketika melancarkan manifesto BN secara dalam talian malam ini.

Antara yang ditawarkan BN menerusi dokumen PADU bertemakan “Kestabilan dan Kemakmuran” ialah:

1. Memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas atau Assistive Basic Income dengan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

2. BN akan memberi potongan cukai pendapatan sebanyak dua peratus kepada golongan yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan tergolong dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000.

3. Menumpukan kepada aspek pendidikan bermula dari pendidikan awal kanak-kanak enam tahun dan ke bawah, peringkat sekolah dan golongan B40 di institusi pengajian tinggi, antaranya menawarkan pendidikan awal nasional percuma, memperkenal sistem persekolahan tanpa buku teks serta memastikan 100 peratus liputan 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan.

4. Meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.

5. Menawarkan penyelesaian isu kelembapan ekonomi dan mengusahakan strategi baharu untuk terus menggandakan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan pelabur.

6. Melakukan reformasi menyeluruh undang-undang dan peraturan imigresen dengan memperkenalkan pelbagai visa bagi menarik pelabur, pekerja mahir ke Malaysia termasuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai gergasi ekonomi negara yang baharu. 

7. Menyelesaikan isu ketidakcukupan bekalan makanan, kebergantungan kepada import yang terlalu besar serta sistem rantaian produk makanan yang tidak cekap dan mahal.

8. Membangunkan Hospital Pakar Awam Wanita (HAWA) dan universiti awam wanita pertama di Malaysia.

9. Menetapkan sasaran penggunaan 30 peratus sumber boleh diperbaharui menjelang 2030.

10. Menghapuskan permit import (AP) kenderaan elektrik (EV) bagi meningkatkan akses kepada penggunaan kenderaan mesra alam sekitar yang mampu milik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran