web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GTA Tak Mungkin Kerjasama Dengan BN, PH, PN Selepas PRU-15 - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 3:11PM

Dr Mahathir Mohamad yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi berkata GTA hanya mahu menjalinkan kerjasama dengan parti yang sependirian dengan gabungan itu sahaja. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Tidak mungkin untuk Gerakan Tanah Air (GTA) menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana beliau berkata GTA hanya mahu menjalin kerjasama dengan parti yang sependirian dengan gabungan itu, dan tidak mungkin untuk berkerjasama dengan mana-mana pemimpin atau parti terpalit isu rasuah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), GTA akan mengkaji dengan lebih lanjut sekiranya gabungan yang membentuk kerajaan Sabah itu, menyatakan minat untuk berkerjasama selepas PRU15.

“Kerjasama kita kena pilih (pemimpin dan parti)...mungkin (kerjasama) semua mungkin, cuma tidak mungkin kita berkerjasama dengan BN, PN dan PN,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Perdana PEJUANG Negeri Sabah di sini hari ini.

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Ketua PEJUANG Negeri Sabah Nicholas Sylvester.

GTA merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Pada PRU-15, calon GTA bertanding menggunakan logo PEJUANG kecuali di Kelantan yang menggunakan logo PUTRA.

GRS pula dianggotai Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama dengan BN bagi mentadbir negeri itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata pemimpin di Sabah tidak boleh mengehadkan pergerakan mereka hanya di Negeri di Bawah Bayu itu sekiranya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya perlu mendapatkan sokongan di Semenanjung dan juga Sarawak.

Beliau berkata Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan individu dari mana-mana kawasan di negara ini untuk menjadi Perdana Menteri namun individu itu perlu mendapatkan sokongan untuk memegang jawatan itu.

“Orang Sabah pun layak jadi Perdana Menteri, masalahnya populariti sama ada dapat sokongan atau tidak, kita harap mereka datang ke Semenanjung juga Sarawak, supaya mereka boleh dikenali,” katanya.

Ditanya tentang Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membawa partinya ke Semenanjung, Dr Mahathir berkata Mohd Shafie mempunyai hak menjadi Perdana Menteri menurut Perlembagaan, namun perlu mendapatkan sokongan jika mempunyai niat sedemikian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad