web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Hasni Tolak Debat Dengan Maszlee, Dialog Dengan Rakyat Lebih Bermanfaat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:04PM

Hasni (kiri) dan Maszlee pada hari penamaan calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad menolak pelawaan berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Maszlee Malik kerana bagi beliau, mengadakan sesi dialog bersama rakyat di kawasan itu adalah lebih bermanfaat.

Pengerusi BN Johor itu berkata mengadakan sesi dialog bersama kepimpinan daerah, masyarakat setempat serta orang kampung adalah lebih baik dan tiada keperluan untuk berdebat dengan lawan sewaktu tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

“Saya rasa orang Simpang Renggam pun tidak berminat nak dengar (perdebatan) ini,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat daerah mengundi di Taman Desa Sejahtera di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata persetujuan beliau sebelum ini untuk menyertai perdebatan secara terbuka yang dipelawa Maszlee adalah pada masa hadapan.

Semalam, penyandang Parlimen Simpang Renggam itu mengajak Hasni, calon Perikatan Nasional (Mohd Fazrul Kamat) dan calon Gerakan Tanah Air (Kamal Kusmin) berdebat sebelum hari pengundian.

Mengulas tawaran Maszlee untuk mewujudkan hab pendidikan di Simpang Renggam seperti politeknik dan universiti, Hasni menasihati calon PH itu agar tidak menjanjikan perkara sebegitu kepada penduduk.

“Menaik taraf infrastruktur lebih penting untuk penduduk di sini. Sekiranya aspek logistik diperbaiki, kedudukan strategik Simpang Renggam akan membolehkan banyak pembangunan atau program dirancang di sini dan antaranya adalah sektor pendidikan,” katanya.

Hasni juga berkata beliau akan menumpukan kepada soal pembangunan infrastruktur kerana kawasan itu memerlukan perubahan yang signifikan.

Terdahulu, selepas mengadakan tinjauan di Pasar Pagi Simpang Renggam, Maszlee memaklumkan beliau akan berusaha mewujudkan sebuah hab pendidikan di kawasan itu yang merupakan kesinambungan usahanya semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan sebelum ini.

“Pada era pemerintahan PH, sudah ada perancangan untuk menjadikan Simpang Renggam sebagai hab pendidikan namun usaha itu tergendala selepas kejatuhan PH,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi