web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Selebriti, Pempengaruh Media Sosial, Aktivis Warnai PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 9:58PM

Eizlan Yusof, Abdul Rani Kulup Abdullah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri - Gambar Fail dan Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selebriti, pempengaruh media sosial dan aktivis merupakan antara calon yang mewarnai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) susulan penamaan calon yang berlangsung hari ini.

Mereka antara 945 individu yang bakal merebut 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini di samping calon-calon yang sudah biasa dalam arena pertandingan politik.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pengarah filem Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang akan bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menentang aktivis sosial Abdul Rani Kulup Abdullah yang sinonim dengan panggilan 'Ayahanda' yang bertanding atas tiket Bebas.

Turut menarik perhatian pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang pertama kali bertanding atas tiket GTA di Parlimen Sabak Bernam yang berdepan persaingan empat penjuru melibatkan pencabar dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Selain Ahmad Idham dan Eizlan, pelakon dan aktivis Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai 'Lando' turut bertanding mewakili GTA di Parlimen Tanjong Karang yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Selain itu, kerusi Parlimen Batu yang mempunyai calon Bebas paling ramai bertanding daripada keseluruhan 10 calon turut dibarisi pempengaruh media sosial Nur Fathiah Syazwan Shaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran “Cleopatra” serta peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim yang lebih dikenali sebagai “Siti Kasim”.

Sementara itu, penerbit dan pengarah Datuk Jurey Latiff Mohd Rosli turut bertanding di Parlimen Lenggong mewakili PH pada pilihan raya umum ini.

Turut bertanding adalah bekas Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Mohamad Khair Mohd Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Perlis mewakili Parti Warisan.

Kehadiran selebriti dalam politik bukanlah sesuatu yang asing malah di luar negara golongan itu mampu menjadi tonggak negara seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-40 Ronald Reagan, yang bermula sebagai pelakon Hollywood, berkhidmat dari tahun 1981 hingga 1989.

Beliau yang meninggal dunia pada 2004 berjaya mengemudi AS selama dua penggal setelah memenangi pilihan raya pada 1980 menewaskan bekas Presiden ke-39 Jimmy Carter yang hanya menjadi presiden untuk sepenggal. 

Tempoh  berkempen PRU-15 ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam, 18 November.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar