web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan Di Kawasan Tumpuan Awam Sepanjang PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2022 7:00AM

Usaha itu adalah bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam pada hari penamaan calon PRU-15. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dilarang menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di kawasan tumpuan ramai semasa tiga tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga tarikh penting itu adalah hari penamaan calon, iaitu pada 5 November, hari mengundi awal (15 November) dan hari pengundian (19 November).

Katanya, larangan itu juga dikuatkuasakan sepanjang tempoh berkempen PRU-15, iaitu sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

“Semua aktiviti pengendalian dron di Malaysia adalah tertakluk di bawah Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs),” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, PDRM akan menggerakkan 31,183 petugas dan aset dron di seluruh negara hari ini.

Katanya, usaha itu adalah bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam pada hari penamaan calon PRU-15.

Beliau berkata, ia membabitkan tugas pemantauan petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

“PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU-15 berlangsung.

“PDRM menyeru semua pihak yang terbabit agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya. – Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan - Menteri

3

Politik 2 tahun yang lalu

Hari Penamaan Calon PRK DUN Pelangai 23 September

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad