web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bagan Datuk Seperti Indah Khabar Dari Rupa’, Pengundi Diseru Tolak Pemimpin Gagal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 5:21PM

Shamsul Iskandar Mohd Akin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan realiti sebenar kehidupan orang Melayu di kawasan itu cukup menyedihkan dan jauh menyimpang daripada ‘cerita indah’ seperti digembar-gemburkan wakil rakyatnya selama ini.

Beliau berkata, sepanjang pengamatannya hampir sebulan di Bagan Datuk, hakikat kehidupan orang Melayu di situ boleh disifatkan ‘indah khabar dari rupa’.

“Seringkali digembar-gemburkan kawasan Parlimen Bagan Datuk adalah kubu kuat orang Melayu kerana Ahli Parlimen yang dipilih sejak tahun 1995 menjawat jawatan tinggi dalam UMNO. Sehingga 30 Jun 2018, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden UMNO kelapan bagi tempoh 2018-2021.

“Namun realiti yang berlaku (di Bagan Datuk) jauh menyimpang.

“Amat mendukacitakan, penduduk terutamanya di kawasan kampung majoritinya tidak tahu mengenai peruntukan RM3.8 juta setiap tahun untuk kawasan Parlimen yang sepatutnya disalurkan bagi pembangunan infrastruktur dan program rakyat,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Shamsul Iskandar berkata, antara persoalan yang timbul adalah benar bantuan bot nelayan tidak sampai terus kepada nelayan, sebaliknya dirompak orang tengah dalam kalangan bukan nelayan.

“(Orang tengah itu) kemudian menyewakan bot itu kepada nelayan dengan kadar sehingga RM200 sehari? Sekiranya benar maka ini teramat menyedihkan.

“Selama ini Ahmad Zahid dan penyokong boleh mendabik dada dengan bantuan RM300 setiap bulan diberikan kepada nelayan, tetapi apabila ditolak sewa yang tinggal hanya RM100. Nelayan nak makan apa dan siapa kaya?”soalnya.

Menurut Shamsul Iskandar, persoalan berbangkit lain adalah siapa sebenarnya mengaut keuntungan ‘atas angin’ memerah tenaga nelayan yang terpaksa menyewa bot demi mencari sesuap nasi di lautan.

Beliau turut mempersoalkan adakah benar bantuan diberi sekadar kosmetik dan kemudian dirompak kembali kroni serta ahli politik?

Malah, soalnya, adakah pengurusan Pejabat Ahli Parlimen sebelum ini begitu culas sehingga penindasan seperti itu berlaku dengan dahsyat.

Pada masa sama, bagi mengetahui apa diperkatakannya mengenai kekurangan dihadapi nelayan di Bagan Datuk bukan sekadar ‘omong kosong’, Shamsul Iskandar mempelawa mana-mana pihak datang ke kawasan itu.

“Datanglah sendiri ke Bagan Datuk lihat bagaimana daifnya keadaan jeti nelayan Melayu, berbanding jeti nelayan Cina yang serba lengkap dengan jeti persendirian dan kelengkapan memproses hasil lain.

“Saya menolak politik rasis, namun apabila nama orang Melayu dijaja demi sokongan politik tetapi dihina dan ditindas sebegini rupa, saya tidak mampu berdiam diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, pengagihan ekonomi perlu saksama mengikut peratusan rakyat dan bukan hanya tertumpu di sesetengah kawasan.

“Tinjau keadaan di sekeliling Bagan Datuk, lihat sendiri keadaan jalan raya yang teruk, bergelap di waktu malam akibat tiada lampu.

“Berhati-hati kerana risiko kemalangan tinggi sekiranya terlanggar lubang atau termasuk ke dalam parit di kiri dan kanan akibat keadaan jalan sempit,” katanya.

Justeru keadaan itu, Shamsul Iskandar menyeru pengundi Bagan Datuk untuk menolak pemimpin yang gagal berkhidmat sebaik mungkin.

“Bangkitlah seluruh warga Bagan Datuk, 27 tahun dipimpin Ahli Parlimen sama, sudah tiba masanya kita menebus maruah dan menghukum ahli politik yang gagal berkhidmat demi rakyat, sebaliknya hanya mengisi tembolok sendiri, keluarga serta kroni,” katanya. – Getaran, 4 November 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar