web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zuraida Yakin Pertahan Parlimen Ampang Walau Guna Logo Baharu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 7:37AM

Zuraida Kamaruddin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin yakin dapat mempertahankan kerusi itu pada  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) biarpun tampil menggunakan logo baharu. 

Beliau yang digelar ‘Ibu Bangsa Malaysia’ oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkata ini kerana warga parlimen itu sudah biasa dan tidak janggal dengan personalitinya sebagai wakil rakyat. 

“Rakyat Ampang sudah kenal saya selama 15 tahun saya berkhidmat. Kami sudah macam keluarga, jadi mereka tidak janggal dan tidak kekok untuk bersama saya walaupun dengan lambang baharu sebab mereka melihat personaliti dan khidmat individu (bukan parti),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya di sini malam tadi.

Beliau berkata secara keseluruhan, kekuatan jentera parti di peringkat Parlimen Ampang hampir 5,000 orang. 

Sementara itu, Zuraida berkata parti itu bergerak solo ketika PRU15, namun akan menyokong kerajaan baharu selepas pilihan raya bagi melindungi hak warga Ampang. 

“Kita akan menyokong kerajaan memerintah negara, kerana saya nak pastikan bahawa hak rakyat Ampang dapat saya pertahankan iaitu mendapat peruntukan dan peruntukan ahli parlimen untuk saya berkhidmat kepada rakyat Ampang,” katanya. 

Pada majlis itu, beliau menyerahkan barangan kempen kepada Pengarah PRU15 PBM bagi Parlimen Ampang Datuk Faridi Yaakob. 

Turut hadir, Ketua Wanita PBM merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa Dr Daroyah Alwi, ADUN Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha dan Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahamda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Beranak Ditemukan Mati Di Kediaman Mereka Di Ampang

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad