web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Che Lah Bertanding Di Parlimen Tumpat Atas Tiket BN - Ahmad Jazlan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 6:56PM

Ahmad Jazlan (kanan) Che Abdullah (kiri) yang akan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU-15 di Bangunan UMNO Negeri Kelantan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan mengesahkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan bertanding di kawasan berkenaan menggunakan tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pencalonan Che Abdullah turut diterima oleh UMNO Tumpat, yang sedia memberi sokongan kepadanya nanti.

“Teka-teki kerusi Parlimen Tumpat akhirnya terjawab apabila penyandangnya Che Abdullah yang dahulu adalah daripada parti PAS, telah bersetuju untuk bertanding atas tiket BN pada PRU-15 ini.

“Kita telah melakukan beberapa siri perbincangan bersama beliau mengenai pencalonan ini dan beliau akhirnya bersetuju untuk menerima tawaran berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata pemilihan Che Abdullah adalah berdasarkan kriteria parti, termasuk faktor calon mampu menang.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) Kelantan mengumumkan 14 calon untuk bertanding pada PRU-15 namun penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah tidak dinamakan sebagai calon PN di Kelantan kali ini.

Pada PRU-14, Che Abdullah menang di Parlimen Tumpat dengan majoriti 17,500 undi menewaskan dua pencabarnya daripada BN dan PKR. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kelantan

4

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad