Berita Terkini

5 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 5 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 5 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 5 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 5 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 10:37PM

Anwar bersalaman bersama orang ramai ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih 15,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan, malam ini.

Seawal jam 6 petang, pengunjung mula memenuhi perkarangan stadium dan teruja untuk mendekati dan melihat sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejurus tiba, ramai mengambil kesempatan untuk bersalaman dan berswafoto dengan Perdana Menteri, di samping turut mendekati dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang hadir sama.

Noradiah Harun, 49 yang tinggal di Kampung Kedai Banggu, Kota Bharu hadir ke majlis malam ini dengan harapan dapat melihat Anwar secara langsung.

“Jika sebelum ini kita lihat Perdana Menteri di televisyen, hari ini saya mengambil peluang untuk mendekati pemimpin nombor satu negara itu.

“Saya rasa ini adalah majlis hari raya yang dibuat secara terbuka dan santai bersama rakyat Kelantan, yang berhasrat bertemu dan bergambar dengannya," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Peniaga wanita itu berkata, beliau meminati ketokohan Perdana Menteri kerana beliau dilihat mempunyai keperibadian yang baik dan disegani rakyat.

Bagi S.Nilai Valagi, 63 dari Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu pula, katanya dia hadir ke majlis itu untuk bersama kaum lain meraikan Majlis Rumah Terbuka, dan bersama-sama meraikan suasana Aidilfitri bersama rakan-rakan.

“Saya tinggal di Kelantan sejak berumur lima tahun lagi, dan sudah biasa, faham sangat dengan budaya orang Melayu, Cina dan Siam di negeri ini.

“Setiap kali perayaan Deepavali, memandangkan Kelantan tidak ramai kaum India, saya buat rumah terbuka, sebab itulah kali ini saya teruja untuk meraikan majlis hari ini beramai-ramai,” katanya.

Sementara itu, Ahrin Alak, 62, yang datang dari Kampung Terbak, Tumpat, katanya beliau hadir ke majlis itu bersama isteri sejak jam 6 petang.

“Saya bersemangat datang ke sini kerana saya suka tengok orang ramai, dan kalau bernasib baik, saya mahu berjumpa Perdana Menteri, mahu bersalam dengannya kerana minat dengan dia.

“Makanan yang disediakan juga banyak dengan pelbagai juadah antaranya laksa, ketupat, sate, kambing golek, buah-buahan dan air,” katanya.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Kira-kira 14 jenis juadah disajikan kepada orang ramai pada majlis itu seperti lauk kambing, sate, lemang, ketupat, rendang, pelbagai jenis masakan mi dan laksa, kuih-muih dan sebagainya.

Suasana kemeriahan itu turut  diceriakan dengan persembahan hiburan muzik dan lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Selain Kelantan, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri sebelum ini telah diadakan di Kedah pada 29 April, Pulau Pinang (6 Mei), serta Negeri Sembilan (7 Mei).

Majlis di Terengganu pula akan diadakan esok manakala Selangor pada Ahad ini. – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 15 minit yang lalu

UMNO Bukan ‘Mengkarung Politik’, Jangan Lupa Kita Pernah Dikafirkan - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 hari yang lalu

Segulai Sejalai Jadi Cogan Kata Perpaduan Untuk Seluruh Negara - Anwar

3

Sukan 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi KBS Buat 7 Ketetapan Martabat Sukan Negara

4

Sukan 2 hari yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selepas Ketua Polis Daerah, SPRM Tahan Pula Pegawai Kanan Imigresen

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

KKD Gesa Telegram Jumpa MCMC Untuk Elak Tindakan

Semasa 3 jam yang lalu

Penipuan Dalam Talian: Mangsakah Yang Sering Cuai?

Semasa 5 jam yang lalu

10 Tembok Perlu Diruntuh Pastikan Keberkesanan Slogan 'Segulai Sejalai'